Buletin

LANGGAR LARI, ANGGOTA POLIS TRAFIK CEDERA

Seorang anggota polis cedera dalam kejadian langgar lari ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata anggota polis itu dilanggar sebuah kereta berhampiran Mahkamah Mentari pada 4.19 petang.

“Siasatan mendapati pemandu Proton Saga telah melanggar motosikal digunakan mangsa. Ketika ini usaha mengesan pemandu kereta itu sedang giat dijalankan,” katanya.

Tambah beliau, mangsa yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera pada kaki masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp M.Sivam di talian 017-329 0749. – The Star

Google ads
Back to top button