
LEAPMOTOR MALAYSIA SERAH DUA UNIT LEAPMOTOR C10 KEPADA MOT
Leapmotor Malaysia memperkukuh komitmen terhadap agenda mobiliti hijau negara apabila menyerahkan dua unit kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya model Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT).
Langkah simbolik ini menandakan keserasian visi antara dasar elektrifikasi Leapmotor dengan usaha berterusan kerajaan untuk mencapai sistem pengangkutan yang mampan dan mesra alam.
Ia juga selaras dengan hala tuju Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021–2030, yang memberi penekanan terhadap pengurangan pelepasan karbon, peningkatan kecekapan tenaga serta memperluaskan penggunaan EV di Malaysia.
Menerusi program ujian dan penilaian operasi selama tiga bulan, MOT akan mengkaji aspek prestasi, kesesuaian dan tahap kesiapsiagaan penggunaan EV serta hibrid dalam ekosistem pengangkutan negara.

Hasil kajian ini dijangka menjadi rujukan penting dalam pembangunan infrastruktur EV serta mendorong penerimaan lebih meluas oleh sektor awam dan swasta.
C10 dengan nilai lebih tinggi
Leapmotor C10 kini ditawarkan pada harga bermula RM125,000, menjadikannya pilihan mampu milik dalam segmen SUV elektrik.
Model ini hadir dengan beberapa penambahbaikan, termasuk ruang storan tambahan melalui ‘frunk’ 32 liter, penutup but baharu serta pengecasan lebih pantas hasil penggunaan pengecas dalaman 11 kW – berbanding 6.6 kW sebelum ini, yang mengurangkan masa pengecasan 30% hingga 80% daripada enam jam kepada hanya empat jam.
Ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) Langsung serta pam angin elektrik.
Bahagian dalaman pula menampilkan pilihan upholsteri baharu dengan tona Hitam dan Camel Brown, menggunakan material silikon mesra bayi yang diperakui OEKO-Tex Standard 100®.
Setiap unit C10 dilindungi dengan jaminan sehingga 6 tahun atau 150,000 km (yang mana dahulu) serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km.
- BACA: VOLVO XC70 SERBA BAHARU HADIR SEBAGAI PHEV DI CHINA – ADA CIRI V2L, JARAK GERAK 1,200KM, HARGA SEKITAR RM138K
- BACA: PREVIEW smart #5 – 3 VARIAN, 590KM SEKALI CAJ, HARGA LEBIH RM200K?
- BACA: XPENG P7 2025 DILANCARKAN DI CHINA – 10,000 TEMPAHAN DALAM 7 MINIT!
- BACA: QJMOTOR KEMAS KINI REKA BENTUK SRK 450 RR BAGI TAHUN 2026 – 76HP, 39NM







