Artikel Pilihan

LEGASI PELUMBA F1 ANAK DAN BAPA

Istilah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi mungkin paling sesuai untuk digambarkan. Mewarisi bakat sang bapa yang cukup handal dan tangkas di dalam perlumbaan ulung F1, sudah tentulah sang anak juga turut mewarisi gen-gen kelajuan yang telah mengalir dalam tubuh sejak sekian lamanya. Sama seperti Nico Rosberg dan bapanya, Keke Rosberg yang telah terbukti kejaguhannya di litar, Brader Karrager akan berkongsi beberapa pelumba muda yang bakal mengikut jejak langkah sang bapa yang menjulang nama dalam saingan F1.

Mick Schumacher
Rasanya semua orang boleh mengajak siapakah gerangan empunya nama anak muda ini. Memegang status sebagai anak lelaki Michael Schumacher, juara dunia tujuh kali barangkali ramai yang beranggapan ianya adalah satu kelebihan untuk dimasukkan ke dalam resume beliau. Di awal pembabitan dalam dunia perlumbaan, beliau memilih nama Mick Betsch dan juga Mick Junior untuk mengelakkan perhatian bahawa beliau adalah anak kepada lagenda F1. Dan kehandalannya mula terbukti sejak dari perlumbaan Karting lagi dan bermula musim 2017 Mick telahpun mewakili Prema Powerteam dan bersaing dalam European Formula 3 Championship.

Giuliano Alesi
Beliau adalah anak kepada pelumba F1 kelahiran Perancis, Jean Alesi. Pernah bersaing dalam French F4 Championship sebelum ini dan kini berlumba dalam GP3 Series sejak tahun 2016 untuk pasukan Trident Racing. Apa yang menariknya, Giuliano Alesi telah pun dilamar untuk bernaung bersama Ferrari Driver Academy. Barangkali, beliau mengikut jejak langkah bapanya ke F1 lebih cepat walaupun masih muda beliau.

Pedro Piquet
Pedro adalah anak kepada juara dunia sebanyak 3 kali dari Brazil Nelson Piquet dan merupakan adik kepada Nelson Piquet Jr, bekas pelumba F1 yang kini bertarung dalam saingan Formula E. Kalau ikut keturunan, memang nampak handal dah keluarga Piquet ini kerana abang beliau sudah pun bergelar juara bagi Formula E sebelum ini. Dan Pedro juga tidak kurang handalnya. Berjaya memenangi kejuaraan bagi Brazilian Formula Three Championship berturut bagi musim 2014-2015 dan kini bersaing dalam European Formula 3 bersama Van Amersfoort Racing.

Aurelien Panis
Nama Aurelien Panis ini barangkali tidak ramai yang kenal. Bapanya Olivier Panis juga barangkali tidak ramai yang kenal. Bekas pelumba F1 di era 90an dan pernah mewakili pasukan Toyota. Aurélien juga bukan calang-calang bakatnya. Pernah menyertai Caterham Racing Academy pada 2013 dan kemudiannya menyertai Formula Renault 3.5 Series pada 2015 tetapi bermula musim 2017 beliau sedikit tersasar dari perlumbaan satu tempat duduk apabila menyertai World Touring Car Championship dengan memandu Honda Civic.

BACA : PELUMBA KERETA HANDALAN KELAHIRAN FINLAND

BACA : PETER SAUBER DAN KISAH F1 – SEJARAHNYA YANG PANJANG

Sumber : formula1.com

Google ads

B K

Back to top button