
DUCATI MONSTER 2021 MASUK PASARAN MALAYSIA. RM69,900 SEUNIT
Ducati Malaysia mendedahkan jentera terbaharu Monster 2021 yang dinanti-nantikan peminat naked bike tempatan.
Model terbaharu memiliki berat kasar 166 kg itu mula diperkenalkan pada pasaran global pada penghujung tahun lalu.
Bahkan, model Monster merupakan antara jentera Ducati yang popular dalam kalangan peminat motosikal apabila terjual mencecah 350,000 unit di seluruh dunia.

Ducati Monster 2021 ditawarkan pada harga RM69,900 dengan warna pilihan merah (Ducati Red), hitam (Dark Stealth) dan kelabu (Aviator Grey).
Jentera terbaharu itu mendapat sentuhan rekaan baharu pada bahagian subfrem, swingarm dan rim malah hadir dengan frem hadapan aluminium untuk menyerlahkan lagi penampilan sporty serta mengurangkan berat motosikal tersebut.
Dengan rekaan lebih moden, ia dilengkapi sistem lampu LED penuh, lampu siang (DRL) dan lampu signal dipadankan kemas pada bahagian bawah tangki minyak.

Bahagian tempat duduk pula hadir pada ketinggian 820 mm tetapi boleh diselaraskan sehingga 775 mm dengan pilihan kit suspensi.
Bar hendal lebih rapat ke arah penunggang sekali gus membantu pengendalian jentera terbabit malah turut dilengkapi panel TFT 4.3 inci.
Ducati Monster 2021 mendapat khidmat enjin 937 cc L-Twin Testastretta 11 darjah yang mampu menjana kuasa 111 hp dan tork 93 Nm.

Ia turut dipadankan transmisi baharu klac enam kelajuan dengan sistem Quick Shift Up/Down.
Antara ciri-ciri menarik lain termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi (TC), Wheelie Control dan Bantuan Brek (BA).
Selain itu, motosikal terbaharu itu didatangkan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Touring dan Urban.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh melayari laman Facebook dan Instagram Ducati Malaysia.
- BACA: DUCATI MALAYSIA LANCAR SCRAMBLER NIGHTSHIFT. BATCH PERTAMA HABIS DIJUAL. BERMULA RM65,900
- BACA: DUCATI MALAYSIA LANCAR SUPERLEGGERA V4. HARGA RM888,000!!!
- BACA: PASUKAN MOTOGP ARAMCO RACING TEAM VR46 BAKAL GUNA JENTERA DUCATI MUSIM DEPAN
- BACA: MOXIO 500RR. DUCATI PANIGALE TERMURAH DI DUNIA!
GALERI:

















