Artikel Pilihan

MAHU BELI KERETA RAYA TAPI BAJET TAK BERAPA NAK ADA? INI CARANYA

Hari Raya Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk kita kembali mengeratkan silaturahim dan berjumpa dengan sanak-saudara dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua muka. 

Selepas tidak dapat beraya akibat penularan COVID-19 selama dua tahun dan Raya ‘terkejut’ pada tahun lalu, pasti ramai yang tidak sabar untuk meraikan hari kemenangan orang islam itu tidak lama lagi. 

Seperti dijangka, setiap lebuh raya pasti akan dipenuhi oleh kenderaan yang ingin pulang ke kampung halaman. Akibat tidak mempunyai masa untuk melakukan penyelenggaraan, pemandangan kereta rosak atau tersadai di tepi jalan ketika pulang beraya bukanlah sesuatu yang asing. 

Jadi, apa kata kalau kita elakkan kejadian tersebut dengan mendapatkan sebuah kereta baharu pada Hari Raya kali ini?

Kereta baharu lambat nak dapat? Jangan risau kerana CARSOME Lembah Klang kini mengadakan promosi menarik sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 20 Mac hingga 30 April 2023. 

Sedia maklum bahawa pembelian kereta terpakai, terutama dengan CARSOME hanya mengambil masa yang singkat dan mudah sekali. Lagi pun, anda boleh berjimat apabila membeli kereta daripada CARSOME kerana ia menawarkan harga yang cukup kompetitif. 

Harga itu pastinya cukup sesuai ketika semua orang mahu berjimat berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang. Lebih menarik lagi, CARSOME menawarkan banyak pilihan yang pastinya sesuai dengan bajet serta minat anda. 

CARSOME mempunyai lebih 30 jenama kenderaan untuk dipilih termasuklah Proton, Perodua, Honda, Toyota, Mazda, Nissan, Kia, Hyundai, BMW, Mercedes-Benz dan banyak lagi dengan bayaran bulanan bermula cuma RM200. Anda boleh melihat pilihan kereta berkenaan di pusat-pusat CARSOME atau laman web rasminya. 

Pening sebab banyak sangat pilihan? Ini saya ada cadangan lima kereta berbeza segmen kepada anda yang ingin mencari kereta Raya mengikut bajet. 

1. Perodua Myvi:

Kereta kompak yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdapat begitu banyak pilihan Perodua Myvi yang      ditawarkan oleh CARSOME. Sama ada varian SE 1.5, X 1.3, H 1.5 EZI 1.3 atau apa sahaja, pilihlah mengikut varian yang menjadi idaman hati. Harga yang ditawarkan bermula serendah RM29,000 seunit, bergantung kepada tahun dan varian.

2. Honda Civic 

Kereta sedan yang kekal popular walaupun pasaran semakin beralih kepada model SUV. Anda boleh memilih Civic bermula dari generasi ketujuh hinggalah ke Civic ketam. Lebih menarik lagi, ada beberapa unit yang hadir dengan diskaun sehingga RM7,000. 

Kalau berminat, jangan tunggu lama-lama kerana unit yang tersedia tidak banyak. Kalau lambat nanti, takut melepas semua sekali.

3. Nissan X-Trail 

Mahukan sebuah SUV tujuh tempat duduk pada harga bawah RM80,000? Nissan X-Trail mungkin boleh menjadi pilihan terbaik. Biarpun sudah agak berusia, penampilan X-Trail masih lagi menarik perhatian. Apa yang lebih penting, ia menawarkan kemudahan untuk anda yang mempunyai keluarga besar. 

Menggunakan enjin bersesaran 2.0 liter dan kotak gear CVT, Nissan X-Trail boleh anda miliki pada harga bermula RM62,600 sahaja. Berbaloi sangat!

4. Proton Exora 

Percaya atau tidak, inilah MPV tujuh tempat duduk mampu milik yang boleh anda beli di pasaran sekarang. Pernah menjadi MPV paling popular di pasaran Malaysia, Exora menawarkan ruang dalaman yang cukup luas untuk semua penumpang. Sesuai sangat untuk membawa seisi keluarga pergi beraya ke rumah sanak-saudara. 

Percaya atau tidak, MPV yang dikuasakan oleh enjin Campro 1.6 turbo itu boleh dibeli pada harga bermula RM34,9000 sahaja! Bayaran bulanan tak sampai RM400 pun. 

5. Mercedes-Benz  

Kalau ada bajet lebih sedikit, apa kata anda beli sahaja sebuah Mercedes-Benz. Jenama dan logo tiga bintang itu sudah pasti membuatkan anda lebih popular pada Hari Raya Aidilfitri kali ini. Terdapat beberapa model yang boleh dipilih antaranya termasuklah A-Class, C-Class, E-Class dan CLA. 

Sebagai contoh, sebuah A200 1.6L tahun 2014 hanya berharga RM88,400 dengan bayaran bulanan sekitar RM969. Murah kan?

Anda tidak perlu risau kerana semua kereta CARSOME Certified telah menjalani pemeriksaan 175-titik       dan pemilihan yang ketat bagi memastikan kereta berkenaan tidak terlibat dengan kemalangan serius atau ditenggelami banjir.

Malah, kenderaan tersebut juga sudah dibaik pulih demi memberikan tawaran terbaik kepada pengguna. Pelanggan juga boleh berasa tenang kerana CARSOME tidak akan mengenakan sebarang bayaran tersembunyi, jaminan pulangan tunai dalam lima hari dan waranti kenderaan selama setahun. 

Paling best, CARSOME kini ada menawarkan baucar hadiah sehingga RM200,000 dan banyak tawaran menarik yang lain. Kalau anda trade-in kereta lama, boleh dapatkan diskaun sehingga RM1,500 untuk pembelian seterusnya.

Itu belum lagi dicampur dengan baucar servis percuma selama setahun yang merangkumi dua kali servis asas. Anda juga bakal menerima diskaun sehingga RM8,000 ke atas kereta yang dibeli bersama jaminan selama setahun. 

Bukan itu sahaja, CARSOME juga ada menawarkan perkhidmatan selepas jualan dengan pakej servis yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja: 

  • Pakej servis bermula hanya RM98 + pemeriksaan percuma 20-titik 
  • Diskaun istimewa ke atas servis-servis terpilih
  • Tambahan diskaun sebanyak 10 peratus atas penukaran bateri + jaminan selama 15 bulan
  • Diskaun 15 peratus untuk pembelian pengelap cermin (wiper)
  • Diskaun 15 peratus untuk servis asas pendingin hawa
  • Diskaun 15 peratus untuk servis membersihkan brek, guna jenama Liqui Moly

Benda bagus macam ni kena lah kongsi dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan kawan-kawan. Jom singgah cawangan terdekat CARSOME pada hari ini atau ketahui promosi hebat di sini! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CARSOME. Anda juga boleh mendaftarkan minat di pautan ini.

Google ads
Back to top button