Buletin

JAHANAM SUDAH MASERATI GRECALE. TAK SEMPAT DILANCARKAN LAGI

Pengeluar Itali, Maserati mula mendedahkan secara teaser kenderaan sukan utiliti (SUV) terbaharu Grecale sejak beberapa bulan lalu.

Perancangan awal, SUV Grecale dijadualkan didedahkan pada bulan hadapan terpaksa ditangguhkan berikutan masalah bekalan semi konduktor.

Bagaimanapun, belum sempat jentera terbaharu berkenaan dilancarkan pada khalayak, prototaip Grecale sudah terbabit dalam kemalangan.

Imej insiden malang SUV mewah itu mula dimuat naik melalui laman Instagram wilcoblok apabila melanggar tiang lampu berdekatan bulatan Piazza Polonia, Turin, Itali.

Menurut laporan, sebuah kenderaan Ford turut terlibat dalam kemalangan yang tidak melibatkan kecederaan serius tersebut.

Sebelum ini, prototaip seperti Rivian R1T pernah terlibat dalam kemalangan apabila melanggar S-Class. – carbuzz

Google ads
Back to top button