Buletin

MASALAH BREK, TESLA PANGGIL SEMULA 35 TRAK SEMI

Tesla terpaksa menarik balik 35 trak Semi selepas terdapat risiko terbalik kerana kegagalan fungsi brek.

Tesla mula menghantar trak itu pada bulan Disember lalu dengan PepsiCo menerima 36 daripada 100 trak yang dipesan.  

Januari lalu, Tesla turut mengumumkan bahawa penghantaran seterusnya dilakukan pada akhir suku tahun, tetapi tidak menyatakan jumlah penghantaran.

Lebuhraya Kebangsaan dan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas (NHTSA) berkata, trak  yang dihasilkan antara 30 November 2022 dan 28 Februari 2023 perlu dipanggil semula kerana permasalahan brek di mana ia bukanlah satu isu kecil.

“Kenderaan mungkin bergerak secara tidak sengaja, meningkatkan risiko kemalangan,” kata laporan NHTSA.

Hasil laporan terbabit, Tesla segera memfailkan panggilan trak Semi secara sukarela pada 17 Mac lalu.

Setakat ini, Tesla masih belum mendapat laporan berkenaan kemalangan atau kecederaan daripada isu tersebut dan dalam pada masa yang sama, jurucakap Tesla juga enggan memberi sebarang komen.

Google ads
Back to top button