Buletin

VIETNAM DIBANJIRI KERETA IMPORT, TELAN BELANJA LEBIH RM3.9 BILION

General Statistics Office (GSO) mendedahkan bahawa firma Vietnam membelanjakan lebih AS$903 juta (RM3.9 bilion) pada suku pertama untuk mengimport 41,780 kereta yang dibina sepenuhnya (CBU).

Perolehan kereta import CBU pada Q1 2023 meningkat sebanyak 76 peratus berbanding 60.8 peratus dalam tempoh sama tahun lepas.

Walaupun bilangan kereta import semakin meningkat, Persatuan Pengilang Automobil Vietnam (VAMA) berkata jualan untuk keseluruhan pasaran dalam tempoh dua bulan pertama mencecah lebih 17,300 unit.

Pada bulan Februari sahaja, kuasa beli meningkat dengan ketara disebabkan oleh kempen promosi dari pembuat kereta, mencatat hasil jualan sebanyak 28,913 unit.

Statistik turut menunjukkan bahawa inventori kereta Vietnam kini mencapai 38,000 unit.

Menghadapi prospek pasaran yang suram, VAMA baru-baru ini mencadangkan agar Kerajaan mengurangkan separuh yuran pendaftaran untuk kereta pemasangan atau keluaran tempatan pada separuh pertama tahun ini bagi meningkatkan permintaan pasaran.

“Pengimport kereta menghadapi inventori yang tinggi, jadi mereka juga ingin menikmati dasar sokongan daripada kerajaan,” kata Persatuan Pengimport Kenderaan Vietnam (VIVA).

Untuk rekod, kuasa membeli di Vietnam meningkat secara mendadak dalam tempoh enam bulan lalu, mencatat jualan 500,000 kereta dan secara keseluruhan, kereta CBU menyumbang lebih 40 peratus.

Walau bagaimanapun, pengeluar kini berhadapan situasi berbeza dengan perolehan import kereta CBU diramalkan akan terus menurun tahun ini melainkan polisi sokongan daripada kerajaan diguna pakai untuk CKD dan CBU.

Google ads
Back to top button