Motosikal

APRILIA RS 457 MASUK PASARAN INDIA – RM23.1K

Selepas pelancaran global pada September lalu, Aprilia mula memasarkan RS 457 secara rasmi bermula dengan pasaran India. 

Bagi pasaran negara itu, Aprilia RS 457 ini dijual pada harga hanya INR410,000 (RM23.1k) sekaligus menjadi antara model Aprilia mampu milik. 

RS 457 ini mengguna pakai ‘crankcase’ sebagai elemen galas beban utama sepertimana yang ditawarkan RS 660. Hasilnya, RS 457 tampil dengan dinamik terbaik di samping pengalaman menunggang yang optimum.

Menariknya, RS 457 juga tidak ketinggalan dari aspek elektronik yang merangkumi sistem Ride-by-Wire yang menawarkan tiga mod enjin yang mengawal aliran kuasa, tork dan ‘traction control’. 

Dibangunkan sepenuhnya di Noale, Itali, Aprilia menyifatkan RS 457 sebagai pengisi jurang antara RS 125 dan RS 660 sekaligus menyempurnakan barisan keluarga RS termasuk RSV4 dan jentera MotoGP RS-GP. 

Selain itu, RS 457 ini juga datang dengan pencahayaan LED penuh termasuk lampu nyalaan siang (DRL). Juga tidak ketinggalan, panel meter TFT 5-inci. 

Menurut Aprilia, RS 457 ini dikuasakan enjin parallel-twin 457cc dengan DOHC 8-valve yang berupaya menghasilkan 47hp. Paling mencuri tumpuan, berat keseluruhan jentera ini hanyalah 158kg. 

Pakej suspensi pula terdiri daripada fork 41mm depan dengan jarak pergerakan 120mm dan monoshock belakang yang dipadankan bersama ‘swingarm’ keluli yang menawarkan jarak pergerakan 130mm. Sistem brek pula terdiri daripada brek ByBre 4-pot dengan cakera 320mm depan dan 220mm belakang. ABS dwi-saluran pula memastikan operasi brek lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan. 

Lebih menarik, Aprilia turut melengkapkan RS 457 dengan fungsi ‘quickshifter’ (atas/bawah) sebagai aksesori tambahan. 

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button