
MAZDA3 2022. IGNITE EDITION, APPLE CARPLAY/ANDROID AUTO, SKRIN 8 INCI, WARNA PLATINUM QUARTZ, BERMULA RM138K
Bermaz Motor baru-baru ini memperkenalkan Mazda3 facelift ke pasaran tempatan.
Mengetengahkan falsafah reka bentuk Mazda iaitu kereta sebagai satu seni, Mazda3 tampil dengan rekaan Kodo yang lebih matang dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.
Pemenang anugerah World Car Design of the Year 2020 dan the Red Dot Design: Best of the Best in 2019 telah menerima penambahbaikan dari aspek ketersambungan. Ciri Apple CarPlay dan Android Auto kini boleh disambungkan kepada skrin sentuh bersaiz 8 inci baharu.

Bukan itu sahaja, Mazda3 2.0L Ignite Edition (varian liftback sahaja) ditawarkan dalam warna kelabu (Polymetal Grey). Jentera itu menerima kemasan hitam pada perumah cermin sisi dan rim aloi bersaiz 18 inci berwarna hitam metalik.
Bahagian dalaman pula didatangkan dengan kemaan kulit berwarna merah burgundy pada tempat duduk dan paparan 360º View Monitor.
Dari segi keselamatan, Ignite Edition dilengkapi sistem i-Activsense yang terdiri daripada Front Cross Traffic Alert (FCTA), Driver Attention Alert (DAA) dengan Driver Monitoring dan Cruising & Traffic Support (CTS).

Mazda3 2022 juga hadir dalam warna merah (Soul Red Crystal), kelabu (Machine Grey), hitam (Jet Black), putih mutiara (Snowflake White Pearl), kelabu (Polymetal Gray), biru (Deep Crystal Blue) untuk model Liftback sahaja dan warna baharu Platinum Quartz.
Mazda3 yang dibawa masuk dalam bentuk CBU dari Jepun didatangkan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.5 dan 2.0 liter SKYACTIV-G. Ia ditawarkan padaharga bermula RM138,660 sehingga 30 Jun 2022.
Lebih menarik lagi, semua kenderaan Mazda (kecuali BT-50) hadir dengan jaminan dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
- BACA: MAZDA3 MENANG REKA BENTUK DUNIA (WCOTY) 2020!
- BACA: WALAUPUN CANTIK, JUALAN MAZDA3 JATUH 21.5%. APA SEBABNYA?
- BACA: MAZDA3 TCR, 2.0L TURBO 350 BHP!
- BACA: MAZDA3 AKAN DILANCAR BULAN HADAPAN. BERMULA RM137K
GALERI







