Peranti

HUAWEI LANCAR P8 & P8 LITE

Huawei melancarkan telefon pintar terbaharunya, P8, P8 Lite serta peranti yang boleh dipakai semalam.  

SONY DSC

“Pelancaran P8 yang melakukan debut di London membuktikan komitmen kami terhadap pasaran Malaysia untuk menawarkan peranti inovatif yang mampu memenuhi gaya hidup pengguna tempatan,” kata Pengarah Negara, Kumpulan perniagaan Pengguna, Huawei Technologies Malaysia, Gary Xu.

Meneruskan reka bentuk minimalis seperti generasi P8 sebelum ini, P8 menawarkan gaya yang elegan dan tahan lasak. Antara ciri-ciri penting P8 adalah:

Huawei-P8-malaysia-mekanika (5)

  • Penggunaan proses acuan suntikan nano untuk menyambungkan bar plastik senipis 1.5mm dengan skrin paling besar dalam industri
  • Telefon pintar ini hanya setebal 6.4mm, mempunyai dua kad SIM dan menggunakan rangkaian 4G
  • Antena berkembar dengan teknologi Signal+ untuk sambungan rangkaian yang lebih jelas
  • Chipset Kirin 930 64-bit Octa-Core baharu untuk prestasi 20 peratus lebih baik berbanding telefon lain yang memiliki jangka hayat bateri yang sama
  • Bahagian belakang diperbuat daripada besi yang kukuh

SONY DSC

Huawei P8 menawarkan pengalaman skrin sentuh yang revolusionari kepada pengguna. Dengan menyentuh skrin dua kali menggunakan buku jari, imej screen shot penuh dapat dirakam. Apabila melukis bulatan di atas skrin, kandungannya akan dirakam dengan pantas. Fungsi Intelligent Voice pula membolehkan pengguna ‘memanggil’ telefon yang tersalah letak.

Paling menarik pastinya ciri yang pada kamera. Dengan teknologi Optical Image Stabilizer, gambar dan video berkualiti tinggi dapat dihasilkan. Alat pengesan RGBW empat warna meningkatkan kecerahan sebanyk 32 peratus. Sementara pemproses bebas DSLR-level mengurangkan noise ketika imej dirakam pada persekitaran cahaya berkontras tinggi.

SONY DSC

Mode Light Painting membolehkan pengguna menghasilkan imej-imej kreatif dalam persekitaran cahaya yang rendah. Sementara Director Mode pada P8 membolehkan pengguna mengarah dan mengawal tiga telefon pintar Android ketika merakam video dari empat sudut berbeza secara serentak serta menyelaras suntingan klip video.   

Huawei P8 Lite pula tampil dengan skrin sentuh IPS dilaminasi sepenunya bersaiz 5.0 inci. Badannya yang senipis 7.7mm memudahkan operasi menggunakan sebelah tangan.

Huawei-P8-malaysia-mekanika (3)

Huawei P8 Lite dilengkapi kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 13MP. Dikuasakan oleh chipset 1.2 GHz 64-digit octa-core Kirin 620, telefon pintar ini menawarkan ketersambungan 4G LTE Cat4 ultra pantas dengan kelajuan muat turun sehingga 150mbps.

Selain P8 dan P8 Lite, Huawei turut menambah portfolio produknya ke Malaysia apabila memperkenalkan rangkaian tablet Huawei Y3, Huawei Y5 dan Huawei T1.

Huawei-P8-malaysia-mekanika (8)

Sempena kehadiran Huawei P8 di Malaysia, Huawei akan mempamerkan P8 dan P8 kepada umum di Pavilion, Kuala Lumpur mulai 18 -21 Jun 2015. Didatangkan dalam dua warna iaitu kelabu dan emas, Huawei P8 ditawarkan pada harga RM1,799 seunit. Harga peranti lain dalah seeprti berikut:

  • P8 Lite – RM899
  • Huawei Y3 – RM249
  • Huawei Y5 – RM339
  • Huawei T1 – RM649
  • Huawei TalkBand B2 Classic – RM558 (boleh didapati di Vmall.my)
  • Huawei TalkBand B2 Elite – RM668 (boleh didapati di Vmall.my)
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button