Motosikal

MENGANTUK SANGAT, PENUNGGANG TIDUR NYENYAK ATAS MOTOR DI TENGAH JALAN

Satu klip video tular di media sosial Thailand menunjukkan beberapa lelaki cuba  mengejutkan seorang penunggang motosikal yang tidur nyenyak di atas kenderaannya di tengah jalan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan video dimuat naik dalam sebuah kumpulan perbincangan Facebook, penunggang motosikal itu dilihat  tidur dengan amat nyenyak dengan keadaan mulutnya ternganga luas.

“Bangun. Adakah anda sedar anda sedang tidur di tengah  jalan? Tolong bangun,” kata kumpulan lelaki berkenaan ketika mengejutkan penunggang tersebut.

Dia kemudian terjaga dari tidur dan kelihatan keliru. Menurut lelaki tersebut, dia tidak berada dalam keadaan mabuk dan menunjukkan isyarat dua jari bagi menandakan keadaannya baik.

Dia kemudian meminta salah seorang daripada lelaki yang mengejutkannya agar menghantarnya pulang kerana berasa tidak berdaya lagi untuk menunggang motosikal.

Lokasi kejadian  tidak dinyatakan namun, ia tidak kelihatan seperti jalan yang sibuk di kota raya seperti Bangkok. – Agensi

Google ads
Back to top button