Buletin

MALAYSIA AUTOSHOW 2023: MERCEDES-AMG GT 63 SE PERFORMANCE, 843HP, BERMULA RM2.08 JUTA

Mercedes-Benz Malaysia secara rasmi melancarkan Mercedes-AMG GT 63 SE PERFORMANCE pada acara Malaysia Autoshow 2023.

Model ini dibina bersesuai dengan DNA jenama itu sendiri apabila menggunakan teknologi Formula 1, E PERFORMANCE Hybrid.

Mercedes-AMG GT 63 SE PERFORMANCE dikuasakan oleh sistem hibrid termasuk enjin 4.0 liter V8 biturbo dengan motor elektrik segerak, bateri berprestasi tinggi yang dibangunkan AMG dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+.

Ia berupaya menghasilkan kuasa gabungan 843hp, tork 1,400Nm sementara daya pecutan 0 hingga 10km/j hanya mengambil masa 2.9 saat. Had laju maksimum dihadkan 316km/j.

Model ini menawarkan jarak gerak elektrik sehingga 12km (WLTP) daripada bateri 6.1kWj. Melalui mod pemanduan ‘elektrik’ pula membolehkan ia mencapai kelajuan 130km/j.

Untuk pengecasan, ia menggunakan pengecas AC onboard 3.7kW di stesen pengecasan, wallbox atau soket rumah.

Bagi sistem keselamatan lanjutan, GT 63S E Performance disertakan bersama Active Distance Assist Distronic, Active Steering Assist dan Active Parking Assist dengan Parktronic.

Peralatan standard termasuklah suspensi AMG Ride Control+, pemilihan mod pemanduan AMG Dynamic Select, di samping mempunyai sistem brek berprestasi tinggi.

Mercedes-AMG GT 63 SE PERFORMANCE didatangkan dengan pilihan warna seperti Manufaktur Kalahari Gold dan AMG Green Hell Magno, Manufaktur Classic Grey Uni, Manufaktur Olive Metallic atau Manufaktur Copper Orange Magno (versi matt), serta pelbagai warna kulit untuk bahagian dalam.

Harga? Mercedes-AMG GT 63 SE PERFORMANCE boleh dimiliki pada harga bermula RM2,088,888 seunit.

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button