MITSUBISHI HENTI PRODUKSI DI CHINA, FOKUS PASARAN ASEAN DAN OCEANIA
Mitsubishi Motors memutuskan untuk memberhentikan produksi di China kerana jualan Mitsubishi agak perlahan dan sedia untuk mengkaji semula strategi mereka di negara tersebut.
Menurut Mitsubishi, jualan perlahan disebabkan oleh populariti kenderaan elektrik serta jenama China.
Mitsubishi pada 2022 menjual 38,550 kereta di China, turun kira-kira 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Apabila ia menarik diri dari China, Mitsubishi akan menumpukan perhatian kepada Asia Tenggara dan Oceania, wilayah yang menyumbang kira-kira satu pertiga daripada jualan Mitsubishi.
Menurut Persatuan Pengilang Automobil China, jualan EV pada 2022 meningkat sebanyak 80 peratus kepada 5.36 juta kereta, menyumbang kira-kira 20 peratus daripada semua jualan kereta baharu di negara China.
Di samping itu, persaingan antara pengeluar China juga semakin panas.
Menurut firma penyelidikan MarkLines, jualan kereta penumpang di China pada 2022 berjumlah 23.56 juta unit, dengan jenama China menyumbang 50.7 peratus daripada jualan tersebut.
- BACA: MITSUBISHI PERKENALKAN EV BAHARU 25 OKTOBER INI
- BACA: MITSUBISHI TRITON CHAMPION XPERIENCE DIADAKAN DI MIRI, BERLANGSUNG 26-27 OGOS INI
- BACA: MITSUBISHI XFORCE RASMI DILANCARKAN DI INDONESIA – TAMPIL AGRESIF, JANA 104HP
- BACA: MITSUBISHI EK X EV BAKAL MUNCUL DI GIIAS 2023 – TURUT PAMER MINICAB MiEV