Buletin

PROTON BAWA WARGA AR-RAYYAN MEMBELI-BELAH

Proton Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama warga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan bertempat di Pasaraya Besar Tampoi, Johor Bharu. 

proton-shopping-mekanika (3)

Aktiviti kemasyarakatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Proton untuk mendampingi dan mengukuhkan hubungan bersama masyarakat umum, selain menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Seramai 40 orang anak-anak daripada Asrama Kebajikan Ar-Rayyan telah bersama-sama warga Proton yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Norzahid Mohd Zahudi, bertanding dalam acara ‘Membeli Belah Bersama PROTON’ di Pasaraya Besar di Tampoi.

Setiap peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan dikehendaki untuk membeli barangan keperluan harian seperti makanan, kelengkapan peribadi, alatan pembelajaran dan barangan kelengkapan asrama mengikut jumlah wang dan masa yang telah diberikan.

proton-shopping-mekanika (1)

Kumpulan yang membeli barangan keperluan harian yang betul, tidak melebihi masa dan jumlah wang yang ditetapkan muncul sebagai juara pertandingan ini.

“Melalui program seumpama ini, ia dapat memupuk budaya berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah kepada anak-anak warga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan ini,” kata Norzahid.

Di samping aktiviti tersebut, PROTON turut memberi sumbangan wang tunai kepada Asrama Kebajikan Ar-Rayyan untuk membantu membiayai perbelanjaan harian mereka/  Asrama Kebajikan Ar-Rayyan telah ditubuhkan pada 1 Januari 2011dan dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Halimi Hj Kolan yang juga Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Negeri Johor.

Kini Asrama Kebajikan Ar-Rayyan diselia bersama Persatuan Insani Darul Takzim. Asrama Kebajikan Ar-Rayyan mempunyai seramai  82 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim/piatu, fakir, miskin dan pelajar tahfiz dari umur 6 tahun hingga 17 tahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button