ModifikasiMotosikal

HONDA Z50 MONKEY INLINE-FOUR – INI BUKAN SEBARANG MONYET TAU

Honda MSX125 ataupun Honda Grom memang diminati ramai ketika ini tapi tahukah anda yang Honda mempunyai motosikal mini yang popular suatu ketika dahulu? Ia dinamakan Honda Z50 Monkey. Ia memang bersaiz mini, comel dan sangat ringan. Yang tak bestnya cuma satu kerana ia cuma mempunyai enjin 50 cc. Nak bawa dalam kawasan perumahan memang okey tapi nak bawa atas jalan raya memang kecut perut jugak la.

Tapi kini ramai yang sudah mengubahsuai motosikal ini di serata dunia dengan pelbagai corak modifikasi. Ada yang menambah pengecas turbo, supercharger malah tak kurang yang menyalin enjin lain yang lebih berkuasa. Tapi kali ini unik sikit kerana Honda Monkey ini diubahsuai menjadi Honda Z50 Monkey Inline-Four. Empat selinder beb.

BACA: BENELLI TNT135 DILANCARKAN – FUNBIKE DENGAN TARAF EEV, RM7990

Jika dilihat sekali imbas ia kelihatan seperti model untuk pameran tetapi ia sebuah motosikal sebenar dan menghasilkan bunyi yang cukup ‘lunak’. Ia semestinya bukan enjin produksi asal bersama motosikal ini tetapi hasil modifikasi yang dilakukan oleh seorang warga Jerman.

Rekaan fizikal dan kerangka Monkey asal masih lagi dikekalkan tetapi enjinnya telah dimodifikasi sepenuhnya. Bahagian blok dan head asal telah ditukar kepada versi custom inline-four yang diambil daripada jentera pemotong rumput Honda GX25. Bila digabungkan dengan sistem ekzos Honda Monkey ini ia terus menghasilkan bunyi yang memang lain dari yang lain.

Modifikasi bahagian piston Honda Monkey ini didakwa mempunyai konfigurasi yang sama dengan Ducati Elenore V8 yang juga hasil tangan pereka yang sama. Dua piston utama diletak dalam kedudukan seperti huruf ‘Y’ manakala dua piston lagi disambung menggunakan rocker-link.

Dengan modifikasi dan enjin baru ini, Honda Monkey ini sudah mempunyai kekuatan 125 cc inline-four. Tapi itu tidak menjadikan motosikal mini ini setanding dengan motosikal keluaran 125 cc asal. Ini kerana struktur enjinnya yang kompleks lagi rumit memang akan menghasilkan geseran yang lebih berbanding enjin khusus untuk motosikal. Ingat enjin ini asalnya digunakan untuk mesin rumput sahaja. Mana ada orang bawak mesin rumput sampai 100 kilometer macam menunggang motosikal. Jadi ia memang tidak selasak enjin motosikal sebenar.

Apa pun ia memang menjadikan motosikal mini ini lebih seronok ditunggang. Nak tengok kehebatan Honda Monkey Z50 Inline-Four ni? Saksikan pautan video di bawah.

Google ads
Back to top button