
HONDA MONKEY DAN SUPER CUB C125 TERUS DITAWAR DI AS
Model klasik moden Honda mana yang anda mahu ditawarkan di pasaran tempatan? Ada banyak yang ditawarkan di Jepun seperti Monkey dan Super Cub C125.
Kedua-dua model itu sudah pun ditawarkan di pasaran tempatan sebelum ini dan dengan status motosikal gaya hidup dan diimport dari luar, harganya mencecah belasan ribu ringgit.
Selain Jepun, pengguna di Amerika Syarikat juga ditawarkan dua model tersebut dan diteruskan untuk model tahun (MY) 2024.
Honda Monkey 2024
Monkey diperkenalkan pada awal 60-an untuk sebuah taman tema milik Honda. Gaya retro diteruskan pada hari ini dan dilengkapi perkakasan moden seperti suntikan bahan api, brek ABS dan enjin 124cc.
Monkey 2024 hadir dengan warna baharu Pearl Black dan tambahan kepada Pearl Nebula Red sebelum ini.
Ciri-ciri Honda Monkey:
- Enjin 124cc SOHC silinder tunggal sejukan udara
- Ukuran gerek dan lejang 50.0mm x 63.1mm
- Nisbah mampatan 10.0:1
- Suntikan bahan api PGM-FI
- Transmisi manual lima kelajuan
- Gegancu 14T/37T
- Tangki minyak 5.67 liter
- Tinggi pelana 30.5 inci, jarak kelegaan bumi 6.9 inci
- Brek depan ABS, angkup dua omboh cakera tunggal 220mm
- Brek belakang dengan angkup satu omboh, cakera 190mm
- Tayar depan 120/80-12, belakang 130/80-12
- Berat 104.7 kg
- Warna Pearl Nebula Red dan Pearl Black
Honda Super Cub C125
Siri Super Cub merupakan motosikal paling popular di dunia dengan jualan melebihi 100 juta unit sejak diperkenal pada 1958.
Model 2024 sama seperti sebelum ini dan telah pun dipasang enjin baharu sejak 2021. Enjin itu menggunakan bahagian bawah C110 Jepun dengan rekaan engkol baharu dan dua injap atas Grom.
Berbanding sebelum ini, enjin baharu lebih bujur tegak (undersquare) dengan ukuran gerek 50.0mm dan lejang 63.1mm dan nisbah mampatan 10.0:1 sama seperti Monkey.
Berbeza dengan Monkey, enjin Super Cub C125 dipadan dengan transmisi separa automatik empat kelajuan. Tangki minyak juga lebih kecil
Ciri-ciri Honda Super Cub C125:
- Enjin 124cc SOHC silinder tunggal sejukan udara
- Ukuran gerek dan lejang 50.0mm x 63.1mm
- Nisbah mampatan 10.0:1
- Suntikan bahan api PGM-FI
- Transmisi semi automatik empat kelajuan
- Gegancu 14T/35T
- Tangki minyak 3.78 liter
- Tinggi pelana 30.7 inci, jarak kelegaan bumi 5.4 inci
- Brek depan ABS, angkup dua omboh cakera tunggal 220mm
- Brek belakang gelendong 110mm
- Tayar depan 70/90-17, belakang 70/90-17
- Berat 108 kg
- Warna Pearl Gray
Berkenaan harga, Monkey 2024 dijual pada AS$4,299 (RM20,008) dan AS$3,899 (RM18,146) untuk Super Cub 125 2024.
BACA: HONDA N-BOX GENERASI KETIGA DIPERKENAL DI JEPUN, REKAAN SAMA TETAPI TIDAK SERUPA!
BACA: 5 SEBAB HONDA CITY HATCHBACK, LEBIH BAGUS DARIPADA CITY SEDAN
BACA: LEBIH 3.5 JUTA SIRI HONDA N LAKU DI JEPUN, N-BOX SAHAJA 2.3 JUTA UNIT!