Artikel PilihanModifikasi

NAMPAK MACAM MUSTANG, TAPI SEBENARNYA..ERRR MAZDA MX5 MIATA?

Kereta Jepun disalin dengan rupa sebuah muscle Amerika memang kedengaran aneh, tetapi di sebuah negara yang pasaran keretanya antara terbesar di dunia, ia tidak mustahil.

Kereta ini diiklankan dalam laman web jualbeli Autotrader Amerika. Pada harga jualan USD9,800 (RM38,000) untuk sebuah kereta yang nampak macam Ford Mustang klasik, ia memang sangat murah. Tapi nanti dulu.

BACA: MUSTANG ELEANOR DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Walaupun rupanya seiras dengan Ford Mustang 1965, ia sebenarnya ialah sebuah Mazda Miata 1997. 

Mungkin ia salah satu kerangka yang hampir menyerupai sifat sebuah coupe spider yang boleh dijelmakan semula sebagai impian Amerika. Jadi, siapa sahaja yang membuatnya, wajar diberikan penghormatan.

Kerana apa?

Sebab kalau tengok dengan sekali imbas, kesemua pengubahsuaian kosmetik luaran kereta ini memang menyerupai rekabentuk Mustang 1965 asli.

Ada dua bahagian yang

tidak diusik. Bahagian dalamannya masih mengekalkan konfigurasi Miata dengan papan instrumentasi, stereng kayu (apabenda ni?) dan kesemua konsol asal Mazda.

Saya kira, ia agak payah untuk direka semula mengikut sepesifikasi Mustang yang jauh lebih lebar dan panjang.

Sementara itu, enjinnya ialah penjana asal Miata 1.8 liter 133HP. 

Kalau difikirkan balik, ia memang berbaloi kerana sebuah Mustang asli dengan kondisi sederhana pun harganya sekitar USD25,000 (RM97,000) 

Sementara yang ini, sebuah Mustang jadi-jadian, rupa Amerika dengan kos penyelenggaraan kereta Jepun yang memang terkenal sangat murah.

Menarik juga kan?

Google ads
Back to top button