Motosikal

MOTOGP LE MANS PERANCIS – HAFIZH SHAHRIN TAMATKAN PERLUMBAAN DI TEMPAT KE-12,  KUTIP 4 MATA BERHARGA

Berita gembira dari litar Le Mans Perancis. Pelumba negara, Hafizh Shahrin membuktikan bahawa merupakan pelumba rookie terbaik apabila berjaya menamatkan saingan di tempat ke-12.

Beliau menunjukkan tunggangan meyakinkan apabila memulakan saingan MotoGP itu di tempat ke-14. Keputusan memberangsangkan itu membolehkan Hafizh mengutip empat mata berharga.

Pelumba pasukan Monster Tech3 Yamaha itu sudahpun mengumpul 13 mata selepas lima pusingan perlumbaan. Hafizh kini berada di kedudukan 17 keseluruhan untuk musim pertamanya.

Perlumbaan di litar Le Mans itu menyaksikan pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez terus mengukuhkan kedudukannya selaku juara dengan tiga kemenangan dalam musim MotoGP kali ini.

Tempat kedua pula dihuni oleh pelumba Itali yang mewakili pasukan satelit Ducati, Danilo Petrucci.

Sementara pelumba lagenda Itali, Valentino Rossi menggembirakan kem pasukannya apabila berjaya menduduki tempat ketiga selepas mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan sebelum ini.   

Harapan peminat tempatan untuk melihat pelumba mereka, Johann Zarco untuk mencatat kemenangan pula berkecai selepas beliau terjatuh di pusingan kelapan.

kredit foto: motogp.com

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button