Motosikal

MOTOGP: THAILAND JADI TUAN RUMAH PEMBUKA TIRAI MUSIM 2025 DAN 2026

Thailand telah disahkan sebagai tuan rumah kepada aksi pembuka tirai Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2025 dan 2026 menggantikan Qatar. 

“Kami teruja untuk mengesahkan bahawa saingan pembukaan tirai MotoGP musim 2025 dan 2026 akan diakan di Litar Buriram, Thailand,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP, Carmelo Ezpeleta. 

Meskipun Litar Buriram dianggap baru dalam kalendar MotoGP selepas penyertaan pada 2018, namun litar itu bingkas menarik ramai pengunjung. Selepas empat kali penganjuran, lebih 800,000 pengunjung berjaya direkodkan. 

Meskipun kalendar pusingan perlumbaan rasmi belum diterbitkan namun difahamkan GP Thailand akan berlangsung pada minggu pertama bulan Mac. 

Dalam pada itu, Litar Buriram juga dijangka akan menjadi tuan rumah kepada ujian rasmi kedua musim 2025 dan 2026 selepas Litar Antarabangsa Sepang. 

Google ads
Back to top button