Motosikal

BMW S300RR MASA DEPAN – (APACHE RTR 300)

Jadi, begitulah kisahnya. BMW bekerjasama dengan TVS untuk hasilkan G310R mereka. Di Australia dan kebanyakan negara Eropah, motosikal naked BMW G310 sudah boleh ditempah dan model sebenar akan dihantar pada bulan-bulan yang akan datang.

TVS Akula 310

Sepertimana model perkongsian casis yang dipelbagaikan, TVS dengan rakan strategik BMW mereka pastinya tidak akan mengabaikan pasaran yang sedia besar. TVS, konglomerat ketiga terbesar di India dengan jualan lebih 2.5 juta unit motosikal setahun pastinya lebih arif tentang pasaran motosikal sub 300cc yang sangat berkembang rancak khususnya di negara-negara membangun.

Banyak yang boleh dipelbagaikan dari kerangka G310R tadi. Langkah pertama TVS ialah memperkenalkan versi sportbike kecil. Asalnya, ia dibina atas lencana nama Akula 310 tetapi menjelang versi rekabentuk sebenar dari sayap perlumbaan mereka; TVS Racing, motosikal ini dinamakan semula dengan nama Apache RTR 300.

TVS AKULA  (1)

Pasaran TVS sebenarnya lebih fokus skuter dan moped, namun semenjak menjalinkan kerjasama dengan BMW, mereka sedar pasaran ini wajar dimanfaatkan. Setakat ini, mereka cuma ada satu rangkaian street naked iaitu Apache RTR 200, jadi menggunakan tag nama Apache RTR 300 lebih sesuai dan kelihatan seragam.

BMW Motorrad memiliki rangkaian pemasaran yang sangat besar di Eropah. Sudah tentu RTR 300 akan melahirkan sportbike BMW paling kecil yang boleh dinamakan S300RR? Tidak seperti pengeluar mainstrem yang lain, BMW hanya ada 1 superbike sahaja iaitu S1000RR. Ia dibangunkan dari kertas kosong, mahal, tetapi menjadi sportbike yang sangat berjaya jika mengambilkira BMW sebagai pembuat motosikal tourer dan adventur.

tvs akula meter

Jika S300RR jadi kenyataan ia bakal menggempur pasaran 300cc yang kini bersaing hebat antara Kawasaki Ninja, CBR, KTM dan R3 (R25 pasaran Asia). RTR300 ini dikuasakan enjin satu selinder sejukan cecair, 33.4 kuasa kuda.

Kerangka trellis pada model konsep TVS Racing ini digandingkan dengan fork depan jenis terbalik, sistem monoshock belakang dan brek cakera depan dan belakang. Pendek kata spesifikasi hampir sama dengan G310R kecuali kemasan konsep dari naked kepada sportbike.

TVS memberi indikasi bahawa motosikal ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya awal tahun depan. Sepertimana gosip TVS-BMW sebelum ini, pengkadaran jarak masa produksi model antara kedua-dua syarikat ini tidak jauh berbeza. Jadi kita boleh jangkakan BMW S300RR (ya saya suka nama ni!) akan hadir ke pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun depan.

Apa kata anda?

Google ads
Back to top button