Buletin

MUAT TURUN GAMBAR KERETA NISSAN DAN WARNAKAN

Mewarna merupakan antara cara untuk menghabiskan masa dengan lebih berfaedah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Banyak syarikat telah memulakan inisiatif ini. Dalam dunia automotif, Audi dan pereka Ian Callum ada menawarkan lukisan untuk diwarnakan sebelum ini.

Kini, tiba giliran Nissan untuk menawarkan perkara yang sama. Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Global Nissan, Alfonso Albais dan pereka bentuk Nissan di seluruh dunia mengumpulkan 23 halaman kereta untuk anda warnakan.

Lebih best lagi, semuanya boleh dimuat turun secara percuma di pautan INI. Anda juga boleh memuat turun halaman-halaman tertentu jika tidak mahu keseluruhan buku tersebut.

Anda boleh memilih halaman model warisan GT-R dan Figaro. Kalau tidak pun, mungkin model 240Z dan 510 dua pintu. Model-model konsep juga ada disediakan. Antaranya ialah model IMs, IMQ atau IMK. Tidak ketinggalan, kereta elektcik comel, Choi-Mobi.

Nissan mengesyorkan anda untuk muat naik hasil lukisan dan warna ke media sosial dengan hashtag #drawdrawdraw. Menurut Albaisa, para pereka bentuk Nissan akan berinteraksi dengan anda.

GALERI

Google ads
Back to top button