Buletin

MUHAMMAD HAYE MENANG TOYOTA VIOS SE

Bagi Muhammad Haye Nafiqi Saidin, minat yang mendalam terhadap sukan bermotor nyata memberi ganjaran yang cukup besar.

Apa tidaknya, Haye yang menjawab beberapa soalan ketika acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival di MAEPS, Serdang telah dipilih sebagai pengunjung bertuah dan memenangi sebuat Toyota SE, bernilai RM85,000!  

“Saya selalu mengimpikan untuk memiliki sebuah Toyota Vios, tapi tak pernah terbayang pula akan memenanginya. Saya hadir dan menonton Vios Challenge sebab saya amat berminat dengan sukan pemotoran dan menyaksikan Fattah Amin berlumba.

“Beberapa minggu kemudian, saya terima panggilan dari UMW Toyota Motor memaklumkan yang saya telah memenangi sebuah kereta. Saya berasa sangat gembira, tambahan pula saya akan berkahwin tak lama lagi.

“Sudah tentu saya akan akan menggunakan Vios ini sebagai kereta rasmi pada majlis perkahwinan kami,” ujar juruteknik berusia 27 tahun itu.

Haye dari Selangor berkunjung ke Medini City di Johor hujung minggu ini untuk mengikuti festival perlumbaan TGR dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Naib  Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Sebuah lagi Toyota Vios SE berpeluang dimenangi oleh pengunjung di Medini City.  Pemenang akan diumumkan selepas semua penyertaan dinilai oleh auditor.

Google ads
Back to top button