
NAZERI MENANG HONDA RS150R VERSI CUB PRIX – UNTUNG LAH
Kalau anda masih ingat, GIVI Asia tahun lalu telah menganjurkan peraduan GIVI Cielo Yuzy Racing untuk para pelanggan yang membeli topi keledar versi terhad Yuzy Racing.
Pada majlis pelancaran GIVI Point JB semalam, pemenang hadiah utama telah diumumkan. Nazeri Mohd Isa dipilih sebagai pemenang hadiah dan membawa sebuah motosikal Honda RS150R versi Cub Prix.
Berbeza dengan Honda RS150R biasa, motosikal ini telah mengalami penambahbaikan yang agak ketara terutama dari segi kosmetiknya.
Jentera itu tampil garang dengan skema warna merah dan perak, di samping pelekar GIVI serta Honda Racing.
Komponen lain yang turut ditukar ialah ekzos, brek cakera dengan angkup Racing Boy dan perehat kaki ala perlumbaan. Senang cakap, memang sporty habis lah.
Hadiah kedua berupa topi keledar muka penuh gentian karbon dengan pelekat Yuzy Racing dimenangi oleh Mohd Aliff Hakeem.
Sementara hadiah ketiga dimenangi oleh Muhamad Herise dan Eyzhamsahfiq. Mereka akan menikmati makan malam bersama pasukan Yuzy Racing. Semua hadiah tersebut disampaikan sendiri oleh Shahrol Yuzy.
Hadiah disampaikan oleh bekas pelumba dunia, Shahrol Yuzy sendiri. Peraduan berkenaan terbuka kepada pembeli helmet versi terhad Yuzy Racing yang diadakan pada tahun lalu.
GALERI