Buletin

YILONG MA MILIKI MUKA IRAS ELON MUSK. KENA BAN PLATFORM MEDIA SOSIAL CHINA

Pada tahun lalu, video mendakwa seorang lelaki memiliki wajah iras CEO Tesla, Elon Musk menjadi viral di media sosial.

Populariti lelaki berasal dari China itu yang mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jolokan Yi Long Musk.

Bagaimanapun, dia yang berbangga dengan gelaran tersebut telah menukar kepada YiLong Ma agar lebih sesuai dengan sebutan Cina.

Penukaran nama berkenaan tidak banyak membantu apabila saluran media sosial China melarang dia menggunakan platform mereka tanpa penjelasan.

Antara platform yang melarang termasuk Weibo dan Douyin malah kesemua kandungan lelaki terbabit telah dibersihkan daripada dua platform itu.

Menurut Business Insider, Ma tidak menerima sebarang penjelasan munasabah daripada Weibo dan Douyin mengapa akaunnya digantung.

Dalam masa sama, lelaki itu telah beralih perniagaan menggunakan platform TikTok selagi platform tersebut membenarkannya.

Dia juga mempertimbang menggunakan platform Twitter untuk terus aktif dalam media sosial. –autoevolution

Google ads
Back to top button