Artikel PilihanMotosikal

MUZIUM LHM – INILAH SYURGA SEBENAR PEMINAT MOTOSIKAL

Jika anda pernah ke Jepun, salah satu daya tarikan pelancongan di sana ialah muzium. Anda boleh namakan saja apa jenis muzium. Dari permainan kanak-kanak, watak-watak kartun dan anime seperti Doraemon, muzium perang, muzium automotif, muzium makanan (?) Muzium keretapi, industri, muzium perang dan segala-galanya.

Dalam situasi berbeza, muzium ini tidak semestinya diuruskan oleh kurator yang menerima dana kerajaan. Banyak juga yang diusahakan oleh individu. Lebih kurang macam di Pulau Pinang yang buat muzium permainan tu lah.

BACA – BERAKHIRNYA ERA 2 LEJANG

BACA – YAMAHA 125Z, 2T YANG TERUS BERJUANG

Di Thailand, ada tarikan baru kalau anda ke sana untuk melancong. Kalau mengembara konvoi dengan motosikal, kami sarankan anda melawat ke tempat ini – LHM Motorcycle Museum.

Ia terletak di Kanachaburi dan asalnya merupakan pengedar motosikal. Namun  kerana dedikasi pemiliknya, Lo Heng Mong ia berjaya mengumpulkan sebahagian besar motosikal yang pernah dihasilkan di pasaran Thailand.

cover-overall

Ia terdiri dari jenama utama Jepun The Big Four – Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki.

Berbeza dengan muzium motosikal luar negara yang mungkin kita kurang arif dengan motosikal keluaran mereka, di muzium LHM, majoriti motosikal ini adalah untuk pasaran Asia Tenggara.

Mari kita lihat apa yang mereka pamerkan.

honda-90

KIta mulakan dengan HONDA 90, versi sport sewaktu zaman Honda Super cub/ Honda cub Boonsiew Honda C70 di Malaysia. Model Honda 90 ini juga dijual di Thailand sebagai opsyen kepada underbone kapcai.

 

yamaha-vr-150-2t-liquid-versi-panther-jerung-150-lc-sebelum-tzm-varian-tzr-r-150-2

Ini ialah model YAMAHA VR 150. Ia  dikuasakan oleh enjin 1 selinder , 2 lejang sewaktu zaman RX-Z. Jangan keliru dengan Yamaha RZ-R sport fairing. itu model lain. Sepengetahuan kami di Malaysia model ini tak dipasarkan.

Ia lebih kurang model Suzuki Panther model “jerung”, cuma YAMAHA VR 150  ini menggunakan sejukan cecair. Ia adalah bapa kepada model TZM 150.

 

yamaha-tzr-r-150-rare

Ini pula ialah YAMAHA TZR-R. Ia dikatakan model spesifikasi tertinggi bagi kelas TZ, 2 lejang 150cc. Motor ini sangat popular sewaktu dikeluarkan pada tahun 1995 – 1997 di Thailand dengan semua jenis teknologi yang boleh didapati pada masa itu.

Ia ada YPVS (Yamaha Power Valve System), YEIS (Yamaha Energy Induction System) dan YCLS (Yamaha Computerized Lubrication System).

Kuasa? 34 hp pada 10,500 rpm. Memang lejen 2 stroke!

yamaha-tzr-r-150
Inilah rupa katalog jualan asal YAMAHA TZR-R

 

yamaha-tzm-kalau-tak-kenal-ni-kau-bukan-mat-rempit

Anda kenal motor ini? Kalau tak kenal lebih baik pergi meninggal dunia secara sukarela. Siapa yang tak kenal dengan motor mat-mat kontrak bawak skup pasir pergi site masuk kerja?

OK. YAMAHA TZM 150 ini adalah kemuncak kegemilangan sportbike kecil 2 lejang. Ia direka dengan bentuk paling sporty, futuristik dan garang pada zamannya.

Pernah pada satu ketika, harganya jatuh merudum kerana pasaran yang tak menentu.

Hari ini, harga pasarannya meningkat semula. Terima kasih kepada pencinta 2 stroke yang merestorasi dan motor yang kerap masuk litar Kuala Selangor.

 

yamaha-sport-belle-r

YAMAHA BELLE-R. Versi moped naked Yamaha Y100 atau kita lebih suka gelarnya Yamaha Sport. Kami pun baru tahu model ini wujud. Ia adalah saingan Honda Hurricane dan Suzuki JET RC100 versi naked.

 

yamaha-concord-yamaha-rxk-135cc

Ini pula ialah YAMAHA CONCORD. Bukan pesawat Concord tu tau. Berdasarkan kerangka, berkemungkinan besar untuk pasaran negara kita dikenali dengan Yamaha RXK 135cc

 

yamaha-belle-80s-moyang-kepada-yamaha-sport-seangkatan-dengan-y80-cdi-kalau-kat-malaysia

Ini pula ialah YAMAHA BELLE 80s, moyang kepada YAMAHA Y100 Sport. Ia adalah datuk kepada YAMAHA BELLE-R tadi dan hidup di zaman YAMAHA Y80 CDI di Malaysia.

 

kawasaki-leo-sr-modenas-dinamik-leo-star

KAWASAKI LEO SR. Bagi anda anak-anak zaman I-Phone, ini adalah saudara sepupu Kawasaki K1.

Sebelum adanya MODENAS, Kawasaki memang dah bertapak di Malaysia dengan motor cub mereka seperti KAWASAKI JOY (Motor Jabatan Telekom) dan motor 2 stroke lejen KAWASAKI K1.

MODENAS DINAMIK 120 yang ada di pasaran sekarang pun adalah cicit kepada model LEO SR ini. Cuma enjin Dinamik adalah dari model baru KAWASAKI LEO STAR.

 

kawasaki-gto

KAWASAKI GTO. Kenapa tak pakai sportrim seperti yang digilai oleh peminat RX-Z?. Sport rim GTO sekarang harganya dah boleh beli RS150R sebiji rasanya.

 

honda-wing-luxury-cdi-125cc-adakah-ini-honda-hawk

HONDA WING LUXURY  CDi 125cc. Adakah ini suku sakat Honda Hawk?

 

honda-nova-dash-sebelum-125z-ini-lah-king-2t-kalau-anda-masih-ingat-waktu-90-an-sekarang-konsep-begini-mungkin-hanya-pada-suzuki-belang

Tak perlu diperkenalkan lagi. Inilah HONDA NOVA DASH. Sebelum lahirnya YAMAHA 125Z, ini lah RAJA 2 stroke di waktu zaman 90-an!

 

honda-lead-skuter-12cc-2-stroke-zaman-suzuki-v100

Kalau anda peminat skuter pun bagus. di muzium ini juga dipamerkan skuter klasik. Ini ialah HONDA LEAD, skuter 125cc 2 lejang, zaman gemilangnya Suzuki V100 dan CS125 di Malaysia

 

honda-custum-ruckus-style-usa

HONDA RUCKUS buatan custom pun ada. Acah-acah US lah ni.

BAGAIMANA NAK KESANA?

Muzium Motosikal LHM ini terletak di daerah Kanachanaburi. Ini alamat penuhnya

576-586 Saengchuto Road, Tharua, Thamaka, 71130 Tha Rua, Thailand

Telefon  +66 34 561 028

Ia dibuka dari 8 pagi  hingga 5 petang dan ditutup pada hari Ahad.

Jauh?

Ramai dah orang Malaysia sampai ke sana. pakai motor cub pun ada.

dari-malaysia

 

Sumber

LHM motorcycle museum

 

 

Google ads
Back to top button