Motosikal

KAWASAKI NINJA H2, H2R & VULCAN 650S

Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB) semalam mengejutkan komuniti motosikal berkuasa tinggi tempatan apabila melancarkan tiga buah motosikal premium terbaharunya.

SONY DSC

Pelancaran model Ninja H2, Ninja H2R dan model Cruiser 650S dilaksanakan sempena ulang tahun ke-25 KMSB.

Bakal menemui para pengguna mulai awal tahun depan, pengenalan ketiga-tiga model itu dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Kawasaki selaku jenama pilihan dalam segmen motosikal berkuasa tinggi.

SONY DSC

Malaysia merupakan negara pertama di Asia (selepas Jepun) yang menerima model Ninja H2 dan Ninja H2R. Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, kedua-dua jentera itu baru-baru ini menggegarkan industri motosikal apabila ia dikuasakan oleh enjin dengan  sistem pengecas lampau (supercharged) yang pertama seumpamanya di dunia.

Enjin dan aspek aerodinamik supersport itu dibangunkan bersama pihak Gas Turbine & Machinery Company, Aerospace Company dan Divisyen Teknologi Korporat yang merupakan anak syarikat milik Kawasaki Heavy Industries Limited Japan (KHI).

kawasaki-Ninja-H2R-mekanika (2)

Maka, tidak hairanlah jika enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 200PS untuk Ninja H2 dan 300PS (H2R). Bagi menambah keterujaan ketika menunggangnya, enjin itu dipadankan dengan kotak gear jenis dog-ring yang biasanya hanya digunakan pada jentera MotoGP atau Formula 1.

Memandangkan kuasanya yang luar biasa, Ninja H2R hanya boleh ditunggang di atas litar perlumbaan. Untuk tidak mengecewakan peminat setia Kawasaki, Ninja H2 boleh ditunggang di jalan raya biasa. Nasib baik…

kawasaki-ninja-H2-mekanika (2)

Dianggap seperti ‘Ferrari’ dengan dua roda, harga yang ditawarkan pastinya lebih premium. Anda boleh memiliki Ninja H2 pada harga di bawah RM154,000 seunit. Sementara Ninja H2R pula berharga sekitar RM300,000 sebuah. Harga itu termasuk enam sesi percuma di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jika Ninja H2 dan ninja H2R jauh daripada jangkauan ramai, jangan bimbang, masih ada motosikal yang sesuai untuk orang kebanyakan macam kita. Memperkenalkan model cruiser Vulcan 650S yang tampil dengan enjin bersesaran 650cc.

kawasaki-vulcan-650S-mekanika (3)

Apa yang sangat menarik ialah model CBU dari Thailand itu bakal ditawarkan pada harga di bawah RM30,000 sebuah! Di Malaysia, nama Vulcan sememangnya sudah cukup terkenal. Maka, sudah pasti kemunculan semula Vulcan amat dihargai oleh para peminat jentera cruiser.

kawasaki-vulcan-650S-mekanika (2)

Vulcan 650S dikuasakan oleh enjin jenis Parallel Twin yang menjanjikan pecutan lancar. Sementara tempat duduknya yang rendah, gayaan moden dan menarik, serta mudah dikendalikan sememangnya menjadikan Vulcan 650S sebuah cruiser yang sukar untuk diketepikan begitu sahaja.
[hr]GALERI

SONY DSCkawasaki-ninja-H2-mekanika (3)kawasaki-ninja-H2-mekanika (5)kawasaki-Ninja-H2R-mekanika (3)kawasaki-vulcan-650S-mekanika (6)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button