Motosikal

DUCATI MONSTER SENNA EDITION DIPERKENAL – HANYA 341 UNIT DIHASILKAN

Sebagai penghormatan kepada pelumba legenda Formula 1, Ayrton Senna, Ducati memperkenalkan Monster Senna Edition untuk pasaran dunia. 

Hanya 341 unit dihasilkan, Ducati Monster Senna Edition ini diinspirasikan daripada rekaan helmet pemandu F1 itu yang diilhamkan warna Brazil. Hasilnya, Monster edisi terhad ini menampilkan pilihan warna kuning sebagai warna utama diikuti hijau dan biru gelap. 

Menariknya, Monster Senna Edition ini lebih menonjol dengan penggunaan brek kaliper Brembo Stylema berwarna serba kuning yang tidak ada pada mana-mana motosikal dalam pasaran. 

Motosikal ini juga dilengkapi dengan ‘belly-pan’ warna kuning serta  kemasan biru dan hijau yang boleh kelihatan pada bahagian tangki. Juga terdapat perkataan ‘Senna’ di bahagian panel sisi tangki. 

Walaupun Senna lebih sinonim dengan F1 namun dia juga merupakan peminat sejati motosikal dan memiliki motosikal Ducati termasuk Monster serta 916. 

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ducati memperkenalkan model dengan nama Senna kerana pernah melakukannya pada pertengahan 90-an menerusi Ducati 916 Senna Edition. 

Atas kertas, Monster Senna Edition ini dikuasakan enjin L-Twin 937cc yang sama seperti varian Standard dan menawarkan 111hp. Bagaimanapun, model edisi khas ini 4kg lebih ringan. 

Google ads
Back to top button