Buletin

NISSAN BUKA TEMPAHAN GT-R T-SPEC DI THAILAND. RM1.5 JUTA SEUNIT, TERIMA DISEMBER DEPAN

Nissan dilapor bersedia untuk menjual model GT-R T-Spec di Thailand selepas ia mula membuka tempahan kepada pelanggan yang berminat. 

Supercar itu ditawarkan pada harga 12.2 juta baht (RM1.5 juta) dan bakal dipertontonkan kepada umum pada acara Thailand International Motor Expo 2021 tidak lama lagi. Jentera itu dijual oleh pengedar rasmi model GT-R di Thailand, Nissan Krungthai dan akan diserahkan kepada pelanggan pada Disember depan. 

GT-R T-Spec dilancarkan di Jepun pada September lalu dengan aspek prestasi dan reka bentuknya telah dipertingkatkan. Antara penambahbaikan yang diterima ialah brek karbon seramik, spoiler belakang gentian karbon, penutup enjin, serta emblem edisi khas pada bahagian depan belakang. 

Jentera itu juga hadir dalam dua warna iaitu ungu (midnight Purple) dan hijau muda (Millennium Jade) yang pernah digunakan pada generasi terdahulu GT-R. Cat itu diinspirasikan daropada perubahan warna aurora borealis.

GT-R T-Spec dilengkapi rekaan dalaman kabin eksklusif, rim aloi tempa berwarna gangsa daripada Rays dan sistem suspensi yang lebih ringan. Rim dan tayarnya juga lebih lebar untuk pengendalian mantap. Tempat duduk menerima jahitan baru yang eksklusif. 

Ia dikuasakan oleh enjin petrol V6 turbo bersesaran 3.8 liter yang mampu menjana kuasa 592hp  dan tork 632Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke keempat roda menerusi sistem pacuan semua roda. 

Selain T-Spec, GT-R turut hadir dengan varian Premium Luxury yang didatangkan dalam warna biru, merah, perak, putih, dan hitam. Manakala ruang kabin ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu kelabu, merah dan hitam. 

Nissan Krungthai menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,00km bersama bantuan tepi jalan 24 jam. 

Google ads
Back to top button