Buletin

PIHAK PENGURUSAN PANGSAPURI INI AKAN TUNDA JIKA KERETA ANDA BURUK

Jika anda parkir secara haram, tidak terkejutlah jika kereta itu ditunda. Tetapi, sebuah pangsapuri di Ohio, Amerika Syarikat dilapor akan menunda kereta penghuni atau pelawat yang buruk atau tidak memenuhi standard tinggi mereka. 

Menurut laporan stesen televisyen Local 12, seorang lelaki, Dennis Day baru-baru ini ada mengunjungi Pangsapuri Montana Valley untuk menghantar barang ke rumah kawannya.

Apabila hendak memandu Honda Insight buatan tahun 2001 miliknya, dia terkejut kerana menerima satu notis amaran yang menyatakan kereta itu akan ditunda jika tidak dialihkan dalam tempoh 24 jam. 

Sebabnya ialah terdapat kemek yang ketara pada baagian hadapan kereta tersebut. 

“Sebenarnya, saya hanya pergi ke rumah kawan untuk menghantar beberapa kotak barang. Kemudian terjumpa stiker pada cermin hadapan yang menyatakan kereta saya tidak memenuhi standard mereka. Ini memang satu tamparan yang hebat!,” kata Dennis. 

Berdasarkan kepada polisi ketat yang dikenakan, kereta berkarat, kemik, tayar bocor dan cat yang buruk tidak dibenarkan untuk parkir di hadapan kompleks pangsapuri berkenaan. 

Jelas pihak pengurusan bangunan tersebut lebih suka ruang parkir kawasan itu dipenuhi oleh kereta yang cantik dan mewah. Tetapi, bagaimana pula dengan penghuni atau pengunjung yang hanya mampu memandu kereta buruk? Double standard betul!   

Google ads
Back to top button