Buletin

NISSAN NAVARA UCAP SELAMAT TINGGAL PADA BENUA EROPAH

Nissan bakal menghentikan model Navara di benua Eropah apabila akan menutup kilang pemasangan pikap di Barcelona, Sepanyol pada penghujung tahun ini.

“Produksi untuk Nissan Navara generasi semasa untuk pasaran Eropah akan berakhir apabila kilang. Barcelona ditutup pada Disember 2020,” ujar Nissan dalam satu kenyataan.

Menurut laporan Automotive News Europe, keputusan itu dibuat memandangkan pasaran trak pikap semakin menyusut di Eropah.

Katanya, sepanjang tahun lalu, model Nissan Navara terjual sebanyak 116,280 unit sahaja.

Nissan masih mempunyai pilihan untuk mengimport Navara dari kilangnya di Thailand, yang turut mengeksport ke beberapa pasaran lain termasuk Australia.

Navara telah berada di pasaran Eropah selama 16 tahun, termasuk model generasi keduanya yang diperkenalkan pada tahun 2005. – agensi

Google ads
Back to top button