Motosikal

PASUKAN PETRONAS SEPANG YAMAHA AKAN DAPAT MOTOSIKAL M1 SAMA SEPERTI ROSSSI DAN VINALES

Buat pertama kalinya dalam sejarah MotoGP, Yamaha akan membekalkan motosikal M1 factory untuk pasukan satelit. Pasukan baru kebanggaan negara yang dinamakan Petronas Yamaha Sepang Racing Team akan menerima jentera M1 factory khusus untuk pelumbanya, Franco Morbidelli.

Ia merupakan musim MotoGP kedua buat Franco dan musim pertama untuk pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team yang mengambil tempat selaku penerima jentera Yamaha dari  Tech3 sebelum ini. Tech3 kini memilih untuk menyertai kem KTM.

Jentera ‘A-Spec’ ini adalah sama seperti yang dibekalkan untuk pelumba factory Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Vinales awal musim hadapan. Segala peralatan dan alat ganti akan diserahkan kepada Morbidelli sebaik sahaja ia disiapkan sebagai persediaan untuk musim depan.

Dengan ini, Morbidelli akan mempunyai kedudukan yang sama rata dengan penerima motosikal factory syarikat lain seperti Cal Crutchlow (Honda), Jack Miller (Ducati) dan pelumba Tech2 (KTM).

BACA: ZEELENBERG, FORCADA SAH SERTAI PASUKAN SEPANG MOTOGP

Pelumba pasukan SIC-Yamaha seorang lagi pula, bintang baru Fabio Quartararo akan diberikan jentera ‘B-Spec’. Ia merupakan jentera 2018 yang digunakan oleh pelumba-pelumba factory Yamaha dan seusia dengan jentera yang diserahkan kepada pasukan Tech3 sebelum ini.

Sudah tentu terdapat perbezaan antara motosikal A-Spec dan B-Spec terang pengarah perlumbaan Yamaha Racing, Lin Jarvis. Antaranya termasuklah jumlah enjin yang digunakan selain proses pembangunan dan tingkat taraf yang bakal dilakukan.

Sudah tentu dengan jentera A-Spec peluang Franco akan menjadi lebih baik. Ia juga akan memberikan kelebihan untuk beliau dalam musim kedua ini dalam menyaingi pelumba-pelumba lain. Jarvis juga yakin peluang Franco adalah lebih tinggi untuk menang dengan Yamaha M1 berbanding jentera Honda.

Bagi Fabio pula sebagai pelumba baru dalam MotoGP, jentera B-Spec dikatakan lebih sesuai kerana untuk membolehkan beliau mengharungi dengan lebih santai sambil mengumpul  pengalaman dan maklumat berguna untuk diri beliau di masa akan datang.

Dari segi sokongan pula kedua pelumba SIC-Yamaha akan dibekalkan dengan dua orang jurutera dari Jepun. Hait.

Jarvis turut menyatakan keyakinan dengan pasukan baru ini dalam menampung kos operasi jentera A-Spec yang tentunya lebih tinggi. Malah Franco sendiri yang merupakan anak didik kepada Valentino Rossi semestinya mempunyai kelebihan untuk berbincang dengan mentor beliau jika timbul sebarang masalah.

Google ads
"
"
Back to top button