Buletin

PEKERJA MERCEDES-BENZ TERIMA BONUS SEHINGGA 7,300 EURO (RM37.6 RIBU)!

Selain pendapatan bulanan, satu lagi kaedah bagi menghargai pekerja ialah dengan memberikan bonus selepas mencatatkan prestasi kewangan yang baik.

Itu yang bakal dinikmati pekerja Mercedes-Benz. Selepas pengumuman prestasi awal tahun kewangan 2023, pekerja yang layak bakal menikmati bonus perkongsian keuntungan sehingga 7,300 euro.

Jumlah itu bersamaan RM37,686 dan sebagai penghargaan terhadap prestasi dan komitmen mereka pada tahun lalu. Angka tepat bergantung kepada keputusan kewangan sebenar.

Berapa ramai yang terlibat? Sekitar 91,000 pekerja yang layak di Jerman akan menerima bonus mereka pada gaji April 2024.

Program perkongsian keuntungan sebegini telah berjalan sejak 1997. Pada tahun kewangan 2022, pekerja yang layak menerima bonus sehingga 7,300 euro.

Pada tahun lalu, pengurusan syarikat dan majlis pekerja (General Works Council) bersetuju dengan pengiraan baharu perkongsian keuntungan untuk tahun kewangan 2023 dan ke atas.

Pengiraan tersebut kini selari dengan sistem sedia ada yang digunakan pengurus.

Jumlah bonus perkongsian keuntungan terbaru lebih hampir dengan sasaran kewangan syarikat (EBIT dan aliran tunai bebas) dan pelaksanaan secara sistematik strategi perniagaan yang mampan.

Pencapaian Mercedes-Benz Group pada tahun kewangan 2023:

  • Hasil: €153.218 bilion (RM791.21 bilion)
  • Keuntungan bersih: €14.531 bilion (RM75.05 bilion)
  • Jualan Mercedes-Benz Cars dan Vans meningkat 1.5% kepada 2,491,800 unit kenderaan
  • Jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) melonjak 61% kepada 240,700 unit
  • Jualan eVan meningkat 51% kepada 22,700 unit

Google ads
Back to top button