
PELABURAN RM3.6 BILION GWM UNTUK PUSAT TEKNOLOGI HIDROGEN KIAN BUAHKAN HASIL
GWM dilihat terus mengukuhkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk baharu, tenaga baharu dan kenderaan pintar untuk memastikan ia mampu kekal bersaing dalam pasaran automotif masa kini.
Salah satu langkah awal yang dilakukan oleh GWM adalah membina Pusat Teknologi Hidrogen pada 2016 dan siap pada Jun 2018 dengan pelaburan sebanyak RMB570 juta (RM3.6 bilion).
Dengan keluasan 20,000 meter persegi, kemudahan itu memuatkan makmal fizik serta kimia, kawasan ujian hidrogen, makmal ujian sel bahan api, makmal uji kenderaan dan stesen penyimpanan hidrogen jenis cecair.

Melihat lebih dekat lagi, pusat R&D itu dilengkapi mesin enam paksi untuk kegunaan penyimpanan hidrogen domestik dan peralatan kitaran ujian hidrogen bertekanan tinggi 105Mpa.
Untuk rekod, ia merupakan makmal sel bahan api terbesar yang ada di China setakat ini.
Semua makmal ini berfungsi untuk memastikan hidrogen atau sel bahan api berupaya diuji dalam tahap terbaik termasuklah perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan kerangka utama serta komponen.
Sehingga kini, GWM berjaya melancarkan dua jenis kenderaan iaitu SUV sel bahan api dan trak heavy-duty hidrogen.
Terdahulu, GWM menggunakan Platform Pi4 bagi merealisasikan tiga fungsi pemanduan, FWD, RWD dan 4WD sebelum diperluaskan lagi kepada platform 4WD elektrik tulen, platform hibrid 48V dan mod seni bina lain.
Antara kenderaan yang dibina berdasarkan kepada platform berkenaan adalah WEY VV7 PHEV dan VV7 GT PHEV.
Sementara bagi Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api (FCEV) pula, ia selesai dilancarkan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada tahun lalu. Manakala model sel bahan api hidrogen bakal dilancarkan secara rasmi pada 2025.
- BACA: LIMA JENAMA GWM DEDAH MODEL TENAGA BAHARU DI AUTO SHANGHAI 2023
- BACA: TENGKU ZAFRUL TERIMA ORA GOOD CAT DARI GWM MALAYSIA
- BACA: GWM BUKA PUSAT PEMBELAJARAN EV DI KOLEJ TEKNIKAL CHONBURI – TINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR VOKASIONAL
- BACA: AUTO SHANGHAI 2023: TANK 500 TAMPIL SISTEM Hi4T 4WD GWM – TIBA DI PASARAN MALAYSIA BERSAMA TANK 300