Buletin

BYD ATTO 3 TERIMA LEBIH 1,000 TEMPAHAN DALAM TEMPOH 1O HARI

Sejak pelancaran BYD ATTO 3 di Malaysia baru-baru ini oleh Sime Darby Motors, kenderaan elektrik (EV) tersebut kini mendapat permintaan luar biasa apabila lebih daripada 1,000 pesanan telah dibuat dalam tempoh dua minggu pertama sahaja.

Pengarah Urusan Runcit & Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, berkata, “Sambutan amat menggalakkan daripada pengguna. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia masa depan mobiliti dan yakin dengan jenama BYD.”

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk EV di negara ini, BYD ATTO 3 sesuai untuk menyokong persekitaran lebih bersih, sambil memberikan pengalaman terbaik memandu EV.

Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT. BYD Motor Indonesia, Eagle Zhao, ini adalah pencapaian luar biasa yang dicapai oleh rakan kongsi Sime Darby Motor dalam masa begitu singkat.

BYD Malaysia yakin pelanggan ATTO 3 akan menikmati ciri-ciri terkini kenderaan yang disediakan seperti seperti e-platform 3.0, teknologi yang lebihecekapan, selain memastikan keselamatan bateri dengan ketumpatan lebih tinggi.

BYD ATTO 3 ialah EV berprestasi tinggi yang dibina di atas e-platform 3.0 termaju BYD. Ia dilengkapi kecerdasan, kecekapan, keselamatan dan estetika.

Bersama-sama dengan ciri berkuasa dan inovatif, BYD ATTO 3 mempunyai julat bateri yang mampu bergerak sehingga 480km dengan sekali cas, membolehkan pemandu memandu dengan selesa.

BYD ATTO 3 boleh didapati dalam dua varian. Standard ditawarkan pada harga bermula RM149,800, manakala Extended Range pula berharga RM167,800 seunit.

Ia tersedia dengan pilihan lima warna iaitu biru, merah, kelabu, hijau dan putih.

Google ads
Back to top button