Artikel Pilihan
“MINYAK BREK” (BRAKE FLUID) DAN SEGALA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANGNYA
Secara ringkasnya, Brake Fluid merupakan sejenis Hydraulic Fluid (Bendalir Hidraulik) yang digunakan pada Sistem Brek & Klac kenderaan. Ramai yang mengenalinya dengan nama “minyak brek”. Ia digunakan untuk menghantar tekanan kerana sifatnya yang “Compressible” (Boleh Mampat).
Brake Fluid mempunyai beberapa jenis mengikut kelas tersendiri. Ia mesti memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh organisasi berdaftar seperti Society of Automotive Engineers(SAE), International Standards Organisation (ISO) dan U.S Department Of Transportation (DOT).
Nilai pengkelasan oleh organisasi-organisasi wajib dipaparkan pada produk. Sebagai contoh, DOT 3 bersamaan dengan SAE J1703 dan ISO Class 3. Nilai-nilai ini juga berfungsi sebagai nilai gred Brake Fluid tersebut.
Sekarang kita pergi pula pada Grade(Gred) bagi setiap Brake Fluid yang wujud di muka bumi ini. Sebagai pengguna, kita semestinya pernah mendengar DOT 3, DOT 4, DOT 5 dan DOT 5.1. Apa bezanya ?
Perbezaannya adalah pada nombornya. Haha. Gurau je.
Perbezaannya adalah pada materialnya dan Boiling Point (Takat Didih) Brake Fluid tersebut. Material bagi Brake Fluid terdiri daripada Glycol-Ether (DOT3,4,5.1) dan Silicone(DOT5). Glycol-Ether digunakan pada kebanyakan kenderaan sekarang. Ia bersifat “hygroscopic” dimana ia mampu menyerap wap air di sekelilingnya. Bermakna, nilai/jumlah air yang terdapat di dalam Brake Fluid tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.
Jadi, adalah PENTING untuk tidak memakai Brake Fluid yang telah terdedah. Bagi Silicone (DOT 5) pula, ia bersifat “hydrophobic” dimana ia menolak wap air yang terdapat di sekelilingnya. Sifatnya berlawanan dengan Glycol-Ether. Oleh itu, Brake Fluid bergred DOT 5 TIDAK BOLEH dicampur dengan mana-mana jenis Brake Fluid berlainan gred.
Lagi satu, DOT 5 TIDAK SESUAI untuk diaplikasikan pada sistem brek yang mempunyai sistem ABS. Jadi, kalau kereta anda dilengkapi sistem ABS, ada pomen rekemen DOT 5, tinggalkan pomen itu. Jangan perjudikan nyawa anda.
Oh ya, Brake Fluid hendaklah ditukar secara berkala kerana kajian mendapati Glycol-Ether based Brake Fluid mampu menyerap wap air sehingga 13% daripada beratnya dalam 2 tahun penggunaan. Maknanya jangan tunggu warna bertukar hitam baru tukar ye.
Apa yang jadi kalau kita tak tukar Brake Fluid ?
Baiklah, seperti yang saya terangkan diatas, kebanyakan kenderaan sekarang menggunakan Glycol-Ether based Brake Fluid. Sifatnya pula menyerap air. Kita guna konsep fizik disini. Apabila panas, air akan menjadi wap. Jadi, apabila kita sudah lama tidak menukar Brake Fluid, kandungan air di dalam Brake Fluid akan menjadi semakin tinggi.
BACA: FAHAMI FUNGSI INJEKTOR
Apabila kita membrek, haba akan terhasil dan kandungan air yang terdapat di dalam Brake Fluid akan meruap menjadi wap. Ingat ya, fizik, bendalir boleh dimampatkan, wap tidak. Apa yang terjadi ? Brek akan rasa kosong. Pasal apa ? Ketika anda menekan pedal brek, anda bukan menekan bendalir. Tetapi wap. Bahaya ! Situasi ini dikenali sebagai “Fluid Vapour Lock”. Jadi, janganlah kita mengabaikan tentang penyelenggaraan Brake Fluid ini ye Tuan-Tuan.
Sekarang kita pergi kepada Boiling Point (Takat Didih). Boiling Point ini lah sebenarnya yang menentukan gred Brake Fluid. Setiap gred mempunyai Boiling Point yang berbeza. Boiling Point pula terbahagi kepada dua iaitu Dry Boiling Point dan Wet Boiling Point. Dry Boiling Point bermaksud Pure Brake Fluid yang belum terkesan dengan faktor luaran.
Contohnya, Brake Fluid baru yang belum menyerap wap air disekelilingnya. Wet Boiling Point pula merujuk kepada Brake Fluid yang sudah terkesan/terdedah secara langsung dengan wap air. Dengan erti kata lain, Brake Fluid yang sudah lama dipakai. Jadi, kita dapat tahu disini bahawa Brake Fluid baru dengan sudah lama mempunyai Boiling Point yang berbeza. Suka saya ingatkan kembali disini, Brake Fluid hendaklah ditukar secara berkala dan inilah sebab utamanya. Setiap pengeluar akan memberikan nilai Wet dan Dry Boiling Point produk mereka bagi panduan pengguna. Berikut adalah nilai Boiling Point bagi setiap gred Brake Fluid :-
• DOT 3 – Wet (140’C), Dry (205’C)
• DOT 4 – Wet (155’C), Dry (230’C)
• DOT 5 – Wet (180’C), Dry (260’C)
• DOT 5.1 – Wet (190’C), Dry (270’C)
Nilai-nilai Boiling Point ini adalah maklumat kritikal untuk pengguna sebenarnya. Lebih kritikal bila untuk diaplikasikan ketika perlumbaan.
Cerita pasal perlumbaan. Sekarang banyak pengeluar mengeluarkan Brake Fluid spesifikasi perlumbaan. Perbezaannya dengan yang biasa adalah Boiling Point nya lebih tinggi. Ketika perlumbaan, penggunaan brek adalah sangat ekstrim. Lebih-lebih lagi bagi kenderaan seperti F1. Oleh itu, untuk mengelakkan “Fluid Vapour Lock” berlaku, pihak pengeluar mengeluarkan Brake Fluid yang boleh menahan situasi panas yang ekstrim di dalam sistem brek. Jika tidak, pemeluwapan/kondensasi pada Brake Fluid akan berlaku ketika mencapai Boiling Point maksimum. Bahaya !
Mahal ? Sudah semestinya bossku. Sebagai contoh, Endless RF-650 yang mempunyai Boiling Point Wet (218’C) dan Dry (323’C) digunakan oleh pihak Mercedes-AMG Petronas Motorsport pada jentera F1 mereka. Brake Fluid ini juga dijual dalam pasaran terbuka. Ada banyak lagi jenama di pasaran. Disini saya sertakan serba sedikit bersama spesifikasi :-
• AP Racing Radi-CAL R4 – Wet (204’C), Dry (340’C)
• Pagid RBF 626 – Wet (200’C), Dry (330’C)
• Motul RBF 660 – Wet (204’C), Dry (325’C)
• Carbone Lorraine Racing – Wet (195’C), Dry (325’C)
• PFC RH665 – Wet (183’C), Dry (325’C)
• Endless RF-650 – Wet (218’C), Dry (323’C)
• Castrol REACT SRF Racing – Wet (270’C), Dry (320’C)
• Millers Racing 300+ – Wet (194’C), Dry (310’C)
Ada di antara Tuan-Tuan pakai produk diatas ? Fuhh, padu bossku ! Semua produk diatas telah melangkaui spesifikasi DOT 5.1 sebenarnya. Packaging nya pula kebanyakannya adalah setiap 500ml. Oh ya, semua diatas merupakan Glycol-Ether based. Bermakna boleh dipakai juga pada kenderaan biasa ye.
Jadi, inilah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan tentang Brake Fluid. Saya ulang lagi sekali, Brake Fluid hendaklah ditukar secara berkala. Nampak mudah, nampak remeh. Tapi jangan ambil mudah jangan ambil remeh kerana Brake Fluid merupakan komponen yang sangan penting di dalam sistem brek kenderaan.
Kesimpulannya, data-data seperti material dan Boiling Point Brake Fluid sangat kritikal di dalam pemilihan Brake Fluid yang sesuai. Jangan terlalu nak jimat kos sampai pandang temeh hal ini. Tolong jangan berkompromi dengan sistem brek. Di dalam litar, kuasa kuda bukan segalanya, tapi kecekapan anda membrek dengan sempurna. Ini baru Brake Fluid. Untuk artikel akan datang kita sentuh pula tentang Brake Pad, Brake Rotor, Brake Hose dan Brake Servo. InsyaAllah. Sama-sama kita belajar.
Sekian, terima kasih