Motosikal

PENGAMBILAN PESERTA PIALA BAKAT ASIA SHELL ADVANCE 2015

Berita baik untuk bakal pelumba MotoGP™ berusia dari  13 hingga 20 tahun!  Pertandingan mencungkil bakat muda penunggang motosikal Asia sudah bersedia untuk memburu bintang-bintang 2015. 

piala -bakat-asia-shell-advance-2015-mekanika (4)

Tempoh permohonan untuk menyertai Piala Bakat Asia Shell Advance 2915 akan dibuka tidak lama lagi. Justeru, penunggang muda yang berbakat dijemput memohon untuk pemilihan. Calon dari Australia dan New Zealand juga layak menyertai pertandingan kali kedua ini.

Piala Bakat Asia Shell Advance yang diadakan buat julung kali tahun ini akan mula menerima permohonan untuk musim 2015 menerusi laman web rasminya www.asiatalentcup.com dari 1 Ogos hingga 5 September 2014.

piala -bakat-asia-shell-advance-2015-mekanika (2)

Penunggang yang lahir antara 1 Januari 1994 dan 1 Februari 2002 layak untuk memohon. Pemohon yang telah mendaftarkan diri semasa pameran bergerak Shell Advance di seluruh negara secara automatik dan rasmi akan dimasukkan ke dalam saluran permohonan.

Senarai penunggang yang terpilih lebih awal akan diumumkan pada 18 September. Sementara percubaan untuk pemilihan rasmi akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 27 dan 28 Oktober 2014, selepas perlumbaan MotoGP Malaysia tahun ini.

piala -bakat-asia-shell-advance-2015-mekanika (5)

Di bawah pemerhatian Pengarah Piala Bakat Asia Shell Advance, Alberto Puig, pemohon yang berjaya akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk berlumba, belajar dan beraksi di hadapan penunggang serta peminat MotoGP™.

Shell Advance, pemegang hak MotoGP™ Dorna dan semua penaja bersama Piala Bakat Asia Shell Advance, komited untuk memastikan bakat penunggang muda di seluruh Asia diberi pengiktirafan dan pengenalan yang sebaik mungkin kepada perlumbaan.

piala -bakat-asia-shell-advance-2015-mekanika (6)

Pertandingan ini membolehkan penunggang muda untuk mendapat pengalaman perlumbaan yang berharga di peringkat antarabangsa. Selain memperlihatkan bakat mereka kepada penonton di seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button