Artikel Pilihan

PENUNJUK PERASAAN LEKATKAN DIRI MEREKA PADA FERRARI DI PARIS MOTOR SHOW – HABIS TU MACAM MANA NAK KE JAMBAN?

Paris Motor Show menyaksikan model-model EV mendominasi ruang pameran tapi itu pun ada lagi pihak yang tidak berpuas hati. Jadi apa penyelesaian bijak yang mereka pilih? Lekatkan diri mereka ke beberapa buah Ferrari klasik yang dipamerkan. Bijak kan?

Dalam beberapa ciapan yang ditularkan, ia didalangi oleh pertubuhan dari Perancis yang menggelarkan diri mereka Extinction Rebellion dan menyatakan kemenangan mereka bila beberapa orang ahli mereka berjaya membuka mata pihak yang terlibat dalam industri automotif yang dikatakan mencemarkan alam sekitar.

Malah mereka mengkritik syarikat-syarikat yang mempromosikan kereta sebagai alat pengangkutan individu untuk masa depan. Ooo kira nak galakkan orang ramai guna pengangkutan awam la ni. Kat Malaysia tak boleh mana idea pengangkutan awam ni bang kecuali di Lembah Klang mungkin.

Extinction Rebellion juga mendakwa sektor automotif menyumbang 15 peratus kepada pelepasan gas rumah hijau terbesar di Perancis dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Mereka juga mahukan sekatan ke atas iklan kereta milik individu dan naiktaraf sistem pengangkutan awam. Ini kami sokong tapi sekatan tu tak payah la kot.

Tak cukup dengan melekatkan diri mereka seorang lagi ahli persatuan ini menyimbah minyak hitam ke atas kereta-kereta Ferrari yang terlibat. Ada mengatakan ianya bukan minyak hitam tetapi cat. Hasilnya 11 orang telah ditahan polis untuk siasatan. Itu dah kira merosakkan harta benda wei. Nak tunjuk perasaan pun buat la cara aman. Kau rosakkan harta orang buat apa?

Insiden di Paris Motor Show ini juga hampir sama dengan protes yang dilakukan di Autostadt, Wolfburg, Jerman. Di sana ahli-ahli Scientist Rebellion turut melekatkan diri mereka ke lantai ruang pameran Porsche menggunakan gam. Haih macam ni ke otak saintis? Memalukan betul la.

Lagi best bila ada di antara mereka yang memberi komplen menerusi ciapan tentang layanan VW yang tidak membekalkan mereka dengan peralatan yang sesuai untuk membuang air besar dan kecil. Haha kau datang rumah orang tak berjemput buat tahi lepas tu mintak layanan ala hotel lima bintang.

Ada juga yang komplen kononnya VW tidak membenarkan mereka menempah makanan padahal dilaporkan makanan memang disediakan oleh VW untuk mereka. Ye lah kesian jugak kan, nak bergerak tak boleh. Duduklah kau situ sampai bila-bila.

Sebenarnya idea diorang tu ada yang elok tapi cara yang dilakukan telah menyusahkan ramai orang dan merosakkan harta benda orang lain. Buat la cara aman sikit dan tak sakitkan diri sendiri. Bayangkan kau melekat kat situ tiba-tiba bini nak beranak kat rumah ke? Rumah kau terbakar ke? Macam mana?

Google ads
Back to top button