Buletin

PERODUA AXIA FACELIFT 2019 – 6 VARIAN, ASA 2.0. HARGA BERMULA RM24K

Perodua hari ini melancarkan model Axia yang telah ditambah baik ke pasaran Malaysia.

Model kompak segmen A itu ditawarkan dalam enam varian pada harga bermula RM24,090 (tidak termasuk insurans. Hadir Bersama jaminan selama lima tahun/150,00km.

  • Perodua Axia E: RM24,090
  • Perodua Axia G: RM33,490
  • Perodua Axia GXtra: RM34,990
  • Perodua Axia SE: RM38,890
  • Perodua Axia AV: RM43,190
  • Perodua Axia STYLE: RM38,890

Anda boleh memilih warna seperti putih, perak, biru, merah dan oren.  

Sejak tempahan dibuka pada 22 Ogos lalu, Perodua telah menerima lebih 5,000 tempahan.

Varian teratas, AV kini dilengkapi system bantuan pemanduan selamat (ASA) 2.0 yang sebelum ini telahpun dipasang pada Myvi dan Aruz. ASA 2.0 terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki sehingga 50km/j, Amaran Pra-Pelanggaran sehingga 100km/j, Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80km/j), Front Departure Alert, dan PedalMisoperation Control bagi mengurangkan risiko pelanggaran.

Semua varian bermula GXtra dan ke atas didatangkan dengan sistem Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC). Semua varian kecuali E hadir dengan ciri brek ABS dan EBD. ISOFIX boleh didapati pada semua varian.

Varian Sedan AV pula dilengkapi filem tingkap keselamatan dan solar.

Perodua turut menambah satu lagi varian baharu iaitu STYLE yang berpenampilan sebuah crossover yang lebih rugged . STYLE hadir dengan bampar hadapan dan belakang lebih lasak, skid plate, cladding badan, perumah jernih untuk lampu belakang, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim bersaiz 15 inci. Warna oren juga eksklusif untuk varian ini.

Axia dikuasakan oleh enjin DOHC 12V dengan system CVVT-I bersesaran 1.0 liter yang mampu menjadan na kuasa sehingga 50kW dan tork 91Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan. Transmisi manual lima kelajuan hanya ditawarkan pada varian E.

Antara ciri lain yang dipasang pada Axia termasuklah sistem kemasukan tanpa kunci, sensor undur, sensor hadapan, kamera undur sistem multimedia Bersama navigasi & Smart Link, USB, Bluetooth & HDMI, empat unit pembesar suara, tempat duduk dibalut fabrik dan banyak lagi (bergantung kepada varian).

Perodua turut menawarkan aksesori GearUp yang terdiri daripada spoiler belakang, pelekat tiang B berwarna hitam, pelapik tempat duduk, visor pintu, cangkuk anti-kecurian, perehat kaki krom, luggage tray, penyerap bunyi hud, karpet lantai dan sebagainya.

Harga aksesori tersebut boleh didapati pada harga bermula RM72.

Perodua mensasarkan untuk menjual 6,000 Axia sebulan dengan 1,000 unit ialah daripada varian STYLE.

Tags
Google ads
Back to top button