Buletin

PESAWAT PENUMPANG TERBESAR A380 SINGAPORE AIRLINES JADI RESTORAN

Syarikat penerbangan Singapore Airlines menjadikan salah satu pesawat penumpang terbesar Airbus A380 sebagai restoran untuk dua hujung minggu pada bulan ini di Lapangan Terbang Changi.

Menurut Bloomberg, perancangan awal adalah menyediakan perkhidmatan berkenaan pada satu hujung minggu sahaja.

Bagaimanapun, berikutan permintaan terlalu tinggi sehingga tiket habis terjual dalam tempoh 30 minit, syarikat mengambil keputusan menambah dua tarikh lagi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Pada awalnya, restoran berkenaan menyediakan pakej makan tengah hari sahaja bersama nilai tambah seperti hiburan di dalam pesawat, suite peribadi untuk menikmati hidangan romantic dan jelajah pesawat termasuk kokpit.

Bagi pakej makan malam pula, para pelanggan boleh memilih mengikut bajet masing-masing. Tiket makanan paling mahal dijual pada harga AS$472 (RM 1,958) manakala paling murah bermula dari AS$40 (RM165).

Sebanyak separuh tempat duduk akan digunakan untuk perkhidmatan ini bagi menjaga penjarakan sosial.

Mereka yang terlepas peluang mendapatkan tiket, jangan risau anda masih boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah.

Menariknya, anda boleh mendapatkan khidmat cef sekali memanaskan makanan tapi bukan kabin krew. – agensi.

Google ads
Back to top button