
STELLANTIS AMBIL ALIH KILANG GURUN SEPENUHNYA. HASILKAN 3008, 5008 DAN 2008
Stellantis dilihat mengukuhkan komitmennya di Malaysia apabila memperoleh hak pemilikan sepenuhnya ke atas NAZA Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. dan kilangnya di Gurun, Kedah.
Pemilikan itu merupakan satu perkembangan signifikan buat Stellantis di Asia Tenggara yang merancang untk melabur dan mengembangkan jenamanya, selari dengan strategi lokalisasi secara agresif.
“Stellantis sangat komited untuk meningkatkan kewujudannya di ASEAN. Jadi, pemilikan penuh kilang di Gurun merupakan satu langkah penting ke arah mengukuhkan operasi, produksi dan tenaga kerja kami di rantau ini,” kata Naib Presiden Kanan, Pengedaran Awam dan ASEAN Stellantis, Christophe Musy.

Stellantis memulakan proses pengilangan di Gurun menerusi pelancaran model facelift Peugeot 3008 dan 5008. Manakala model Peugeot 2008 akan memulakan produksi pada bulan ini. Sekaligus dapat menawarkan barisan SUV kompak ke pasaran rantau ASEAN.
Kilang Stellantis di Gurun telah mencapai kadar produksi sebelum pendamik sejak ia memulakan semula operasinya. Jumlah pengeluaran dipertingkatkan untuk baki tahun 2021 bagi memenuhi permintaan di pasaran Malaysia, Thailand, Filipina dan pasaran ASEAN yang lain.
“Kami bekerjasama rapat dengan semua rakan niaga untuk meningkatkan kapasiti kilang kepada hampir 40 peratus. Dengan perancangan produk dan kesungguhan untuk mencapai kualti dan keselamatan terbaik, kami menjangkakan kejayaan yang signfikan di Malaysia,” katanya lagi.

Stellantis memperoleh pemilikan penuh kilang tersebut pada 28 Oktober lalu. Ia sebelum ini dioperasi menerusi kerjasama dengan Naza Corporation. Lebih 170 orang kakitangan telah kembali bekerja dan Stellantis bekerjasama dengan lebih 50 pembekal tempatan memandangkan produksi kian meningkat pada suku keempat 2021.
- BACA: JUAL NOMBOR PEKERJA UNTUK BERI DISKAUN, FCA RUGI RM35.8 JUTA. JURUJUAL DITAHAN
- BACA: RUPA-RUPANYA KERETA PUN ADA KEMBAR. TAPI TAK SEIRAS
- BACA: DODGE TIDAK BERI KELULUSAN GUNA CHARGER UNTUK KEGUNAAN POLIS AUSTRALIA
- BACA: STELLANTIS KINI SUDAH RASMI. MAHU FOKUS KEPADA ELEKTRIFIKASI DAN PASARAN CHINA