Motosikal

PEUGEOT PERKENAL SKUTER CITYSTAR 200i DI EROPAH

Peugeot baru-baru ini melancarkan skuter dikenali sebagai Citystar 200i.

Peugeot-Citystar-200i-mekanika (5)

Model itu merupakan penambahan kepada skuter Citystar 125 sedia ada. Dengan kuasa 19hp sedia untuk digunakan, Citystar 200i baharu adalah 33 peratus lebih berkuasa daripada Citystar 125.

Dengan berat 157kg (2kg lebih berat berbanding Citystar 125) dan tapak roda 1,430mm, jentera tersebut menawarkan pengendalian yang lincah di bandar dengan prestasi sebuah skuter maxi di lebuh raya.

Peugeot-Citystar-200i-mekanika (2)

Citystar 200i dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat injap bersesaran 200cc dengan sistem penyejukan cecair. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear CVT.

Skuter ini menggunakan rim bersaiz 13 inci dan penyerap hentak belakang boleh laras. Tugas membrek diserahkan kepada cakera brek tunggal bersaiz 240mm di depan dan 210mm di belakang.

Peugeot-Citystar-200i-mekanika (6)

Ruang penyimpanan barang di bawah tempat duduk boleh menempatkan dua topi keledar muka penuh. Selain satu soket mengecas 12V.

Peugeot-Citystar-200i-mekanika (1)

Citystar 200i didatangkan dalam warna hitam dan putih. Ia ditawarkan pada harga £3,299 (RM19,000) seunit.

Google ads
Back to top button