Pandu Uji

FORD RANGER TAKLUKI SABAH

Sedia maklum bahawa Ranger ialah model yang sangat penting buat Ford dalam majoriti pasaran yang disertainya, termasuklah Malaysia.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (11)

Malah, laporan jualan yang saya terima setiap bulan menunjukkan jualan trak pikap itu mewakili hampir 80 peratus jualan keseluruhan Ford di negara ini. Dengan segmen trak pikap yang kian sengit, setiap pengeluar perlu tampil bersama produk unik untuk menarik perhatian pelanggan.

Melihat Malaysia Timur sebagai pasaran penting, Ford menjemput sekumpulan wartawan untuk menguji sendiri kehebatan Ranger merangkumi beberapa daerah di Sabah.

FordRangerEastMsiaMediaDrive_Day1-41

Walaupun hanya berlangsung selama dua hari, sesi pandu uji tersebut boleh dikatakan sebagai lengkap. Selain menyusuri laluan di lebuh raya, jalan kampung dan off-road yang mencabar, para peserta turut dibawa ke beberapa lokasi pelancongan menarik di negeri di bawah bayu itu.

Hari pertama, pandu uji kami lebih terarah kepada perjalanan yang santai melibatkan lebuh raya dan jalan kampung sejauh lebih 200 kilometer. Sepanjang perjalanan tersebut, saya semakin faham kenapa trak pikap menjadi pilihan penduduk di sana.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (13)

Selain dari jarak di antara bandar yang agak jauh, bentuk muka bumi dan kondisi jalan yang tidak sempurna membuatkan trak pikap adalah bentuk pengangkutan lebih ideal.

Saya mulakan pandu uji dengan model Ranger XLT 2.2 liter transmisi automatik. Sebagai sebuah trak pikap antara yang paling berkuasa dalam kelasnya, model ini jelas dapat memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dan menyenangkan.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (9)

Dipacu oleh unit enjin diesel bersesaran 2.2 liter Duratorq dengan kuasa 160PS dan tork 385Nm, pemanduan berasa begitu lancar. Jarang sekali anda akan berasa trak pikap ini kehilangan kuasa, walaupun ketika menaiki laluan yang curam.

Ranger dilengkapi stereng kuasa bantuan elektrik (EPAS). Maksudnya, ketika memandu pada kelajuan rendah, stereng ringan untuk dipusing. Apabila berada di lebuh raya dengan kelajuan tinggi, stereng berasa berat untuk memberi lebih keyakinan.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (12)

EPAS nyata memudahkan pemanduan, sekali gus membolehkan Ranger dipandu oleh sesiapa sahaja, lelaki mahupun perempuan.

Selepas menikmati makan tengah hari di Mount Kinabalu Resort, perjalanan diteruskan ke Sungai Kiulu di Tamparuli. Bertukar kepada model Ranger XLT dengan transmisi manual, pastinya pemanduan kini menjadi lebih menarik.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (7)

Berbanding model sebelum ini, penukaran kotak gear manual pada Ranger baharu nyata lebih kemas. Anda tidak akan berasa seperti ada ruang kosong atau rubbery pada gear. Short shifting gear ini membuatkan penukaran gear rasa lebih seronok dan  lancar.

Cuma, untuk mendapatkan kuasa sepenuhnya, anda perlu rajin menukar kedudukan gear. Tidak pasti bila gear harus ditukar? Jangan bimbang, anda hanya perlu melihat pada kluster meter. Jika ikon anak panah menyala, itulah masa anda perlu menukar gear.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (14)

Berbalik kepada Sungai Kiulu, ia merupakan lokasi wajib untuk dikunjungi terutama bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti water rafting.

Dalam keadaan air tinggi, sungai itu mempunyai jarak sejauh 15 kilometer. Sekali gus menjadikannya laluan water rafting paling panjang di Borneo.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (16)

Musim kemarau yang sudah hampir dua bulan melanda kawasan ini membuatkan paras air menjadi begitu cetek. Berbeza dengan pengalaman pertama saya melakukan aktiviti sama tahun lalu, water rafting kali ini lebih memenatkan.

Dengan rakit selalu tersangkut di kawasan berbatu, air sungai juga jauh lebih tenang. Jadi kami perlu lebih banyak mendayung daripada dibawa oleh arus sungai menuju ke titik akhir water rafting ini.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (18)

Cabaran sebenar Ranger ialah pada hari kedua. Selepas mengharung kesesakan di nandar Kota Kinabalu, keupayaan mendaki dan menuruni laluan berbukit Ranger diuji ketika menuju ke restoran Kasih Sayang Health Resort yang terletak di Kiansom, berhampiran bandar Inanam.

Terletak pada ketinggian 2,400 kaki dari aras laut, anda boleh bayangkan kecuraman yang perlu kami tempuh sebelum sampai ke sana. Saya bertuah kerana berpeluang memandu varian paling tinggi, Ranger Wildtrak.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (19)

Dengan kuasa tork yang impresif iaitu 470Nm, enjin 3.2 liter Duratorq bersesaran 3.2 liter membuatkan tugas mendaki kawasan berbukit begitu mudah. Tekan sahaja pedal minyak, kuasa dapat dirasakan serta-merta.

Tanpa sebarang modifikasi, semua Ranger yang mengambil bahagian dapat merentas lalun mendaki, menuruni bukit dan menyeberangi sungai tanpa sebarang drama.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (1)

Sebagai sebuah varian tertinggi, Wildtrak sememangnya dilengkapi dengan semua ciri terbaik. Antara ciri bantuan pemandu yang paling saya suka ialah Lane Keeping Alert dan Lane Keeping Aid.

Dengan talaan mudah menerusi butang pada sebelah kanan stereng, ciri ini memastikan kenderaan berada di laluan yang betul. Jika kenderaan bergerak ke arah garisan putih jalan, sistem ini akan memberi amaran kepada pemandu melalui getaran pada stereng dan akan bergerak sendiri sendiri ke tengah laluan secara automatik.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (2)

Bukan itu sahaja, Ranger Wildtrak turut dipasang dengan pelbagai teknologi bantuan pemandu seperti Trailer Sway Control, Electronic Stability Control, Rollover Mitigation, Adaptive Cruise Control, Rear View Camera, Forward Alert dengan Collition Mitigation dan Front and Rear Park Assist.

Semua ciri ini membantu pemandu untuk lebih selamat ketika berada di atas jalan raya.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (10)

Berpeluang duduk sebagai penumpang di belakang. Ranger memang menawarkan keselesaan, rasa seperti bukan duduk di dalam sebuah trak pikap.

Bagi mereka yang memanfaat sepenuhnya sistem hiburan di dalam kenderaan, SYNC 2 memang sesuai untuk anda. Dengan arahan suara mudah dan skrin sentuh yang intuitif, urusan memainkan trek lagu kegemaran, membuat panggilan telefon dan mengawal pendingin hawa kini semakin mudah.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (4)

“Kami mengadakan sesi pandu uji pertama di Sabah kerana ingin fokus kepada potensi pasaran ini serta mahu melihat apa yang dimahukan oleh pelanggan di sini.

“Jadi, kami ingin menyerlahkan keupayaan sebenar Ranger seperti mengharung air, menunda dan sebagainya. Semakin banyak yang kami boleh kongsikan dengan pelanggan di Malaysia Timur mengenai Ranger, lebih baik.

Ford-Ranger-Sabah-test-drive-2016-mekanika (17)

“Ini kerana Ranger memang sebuah kenderaan yang ideal untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak,” jelas Pengurus Komunikasi, Malaysia & Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Matt Moran.

Google ads
Back to top button