
PIAGGIO LANCAR SKUTER ELEKTRIK PERTAMA. KOLABORASI BERSAMA PEREKA FENG CHENG WANG
Piaggio mendedahkan skuter elektrik pertama pada pameran automotif EICMA 2021 yang dikenali sebagai 1.
Skuter itu merupakan kolaborasi bersama pereka, Feng Chen Wang yang terkenal dalam pelbagai industri menghasilkan karya eksperimental dan inovatif.
Sentuhan Feng Chen Wang menampilkan warna menarik dan personaliti tersendiri pada jentera 1 tersebut.
Ia sekali gus menyerlahkan livery eksklusif yang menekankan ketangkasan, ringan dan praktikal skuter elektrik berkenaan.

Pereka kelahiran China itu menggabungkan seni tradisional klasik negara terbabit dipadankan warna-warna cerah terdapat di jalan-jalan seni London.
Rekaan seni pada badan skuter 1 dikatakan menggabungkan elemen semula jadi seperti air dan burung Phoenix.
Grafik berkenaan merupakan lukisan tangan dengan terperinci menggunakan sentuhan berus tradisional Cina.
Penggunaan warna hijau mencerminkan nilai-nilai seperti kesihatan, kekayaan dan harmoni.
Kolaborasi dua nama besar itu turut menghasilkan topi keledar dan pakaian unik. – rideapart