Buletin

HONDA MAHU BANGUNKAN SKUTER ELEKTRIK DI INDIA

Banyak jenama dan pengeluar motosikal semakin giat melancarkan dan memperluaskan portfolio elektrik mereka di pasaran Asia dan Eropah. Elektrifikasi di pasaran Asia dilihat didorong oleh India, di mana pembuat motosikal berskala tinggi atau kecil membuat pelaburan besar dalam e-mobiliti sana.

Melihat kepada pertumbuhan motosikal elektrik yang pesat, Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) dijangka melancarkan skuter elektrik pertamanya di India pada 2023. Divisyen India Big Red akan bekerjasama rapat dengan ibu pejabat korporat Honda di Jepun untuk mencipta platform serta teknologi untuk skuter elektrik dan motosikal untuk pasaran India.

Perkara itu menjadi perhatian utama Honda memandangkan kenaikan harga petrol dan subsidi kerajaan untuk kenderaan elektrik yang ditawarkan oleh kerajaan. Pada masa ini, Ather 450X, TVS i-Qube dan Ola S1 Pro merupakan peneraju pasaran dalam segmen skuter elektrik India.

Media automotif India, GaadiWaadi mencadangkan skuter elektrik pertama Honda yang eksklusif untuk pasaran India ialah model Honda Activa yang sangat popular di sana. Honda tidak lama lagi akan menggunakan tenaga kerjanya yang berpangkalan di India, selain bekerjasama dengan jurutera dan pereka dari Honda Jepun.

Usaha kerjasama itu dijangka menghasilkan platform, rangkaian kuasa dan komponen penting lain yang dibangunkan untuk pasaran India. Ia berpotensi mendapat maklum balas positif di Asia dan mungkin juga Eropah.

Permintaan untuk motosikal dan skuter elektrik yang praktikal setakat ini cukup meyakinkan di India, serta kawasan lain di Asia, di mana industri EV diramalkan berkembang dengan cepat pada tahun-tahun mendatang.

Walaupun Honda tidak memberikan sebarang maklumat lain tentang skuter elektrik yang akan tiba pada 2023, kami menjangkakan Honda akan mempromosikannya sebagai alternatif high-end kepada pesaing seperti TVS i-Qube dan Ather 450X.

Google ads
"
"
Back to top button