Motosikal

SUPERMOPED MFORCE DIBANGUNKAN VOGE, LANCAR MEI 2024 

Beberapa minggu ini tular beberapa gambar ‘spyshot’ yang memaparkan sebuah motosikal jenis ‘supermoped’ yang bakal diperkenalkan MForce Bike Holdings tidak lama lagi. 

Pada waktu itu, kami menjangkakan supermoped berkenaan akan dijual di bawah jenama WMOTO yang merupakan salah satu daripada jenama dibawah MForce. 

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, kami dimaklumkan supermoped berkenaan akan dijual dibawah lencana Voge yang merupakan jenama premium milik Loncin dan diedarkan di Malaysia oleh MForce. 

Menurut sumber, supermoped tersebut dibangunkan sepenuhnya Voge namun dengan reka bentuk yang ditetapkan oleh MForce. 

Menariknya, MForce ada perancangan besar bagi supermoped Voge tersebut. Kami diberitahu bahawa MForce turut bercadang untuk melancarkan pasukan perlumbaan yang akan bersaing di Cub Prix bagi kategori CP150. 

Bagaimanapun, MForce terlebih dahulu perlu menjalani proses homologasi termasuk menjual lebih 500 unit di pasaran domestik untuk layak bersaing di CP150. 

Google ads
Back to top button