Buletin

KENDERAAN MASA DEPAN, BATMOBILE JADI TUMPUAN DI MUMBAI

Tular baru-baru ini di media sosial apabila sebuah kenderaan tiga roda berhenti di lampu isyarat dan ia tidak seperti kenderaan yang biasa dilihat orang ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh Amit Bhawani, kenderaan tersebut kelihatan seperti datang dari masa depan.

Menurut kapsyen, jentera itu dipanggil Lynx Lean Electric, dan ia dibuat oleh sebuah syarikat di Denmark bernama Lynx Cars.

Ia mempunyai reka bentuk unik serta beberapa ciri pintar, sekali gus menjadikannya sangat menyerlah dan cukup membuatkan orang ramai menoleh, berkata “wow”.

Memetik kapsyen video berkenaan, jentera itu berharga AS$37,927 (RM179,584).

Video Lynx Lean Electric menjadi sangat popular dalam talian dan hanya dalam satu hari, lebih 141k orang menontonnya.

Google ads
Back to top button