TOYOTA GR CROWN CROSSOVER BAKAL DIPERKENALKAN DI JEPUN, 375HP, HARGA SEKITAR RM222K
Khabar angin tersebar baru-baru ini, menyaksikan Toyota GR Crown Crossover bakal diperkenalkan seawal musim panas 2024.
Walaupun model semasa tidak mempunyai varian berprestasi tinggi, tetapi Toyota sedang dalam proses membangunkan model GR penuh, berpotensi menjadi model pertama dalam barisan menggabungkan rangkaian kuasa hibrid pengecasan sendiri.
Dari segi rekaan, pereka Toyota berkemungkinan akan memilih tema gelap, jahitan merah dengan upholsteri hitam dan diserlahkan lagi melalui lambang GR.
Menurut maklumat yang diperolehi Best Car, Toyota GR Crown bersedia untuk menampilkan rangkaian kuasa hibrid AWD lebih berkuasa.
Tambah laporan berkenaan, ia akan termasuk versi enjin petrol 2.4 liter pengecas turbo yang dinaik taraf, menghasilkan 296hp berbanding model standard 268hp.
Dengan pengekalan motor elektrik berkembar, bateri dan kotak gear eCVT, output gabungan berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 375hp.
Untuk konteks, Crown Crossover RS dengan pilihan kuasa Hybrid Max kini menghamburkan kuasa sehingga 344hp.
Lebih penting daripada kuasa tambahan ialah peningkatan casis yang dikatakan akan dilakukan oleh jurutera GR Toyota.
Ini termasuk konfigurasi suspensi diperbaharui, pendakap tambahan, brek yang dipertingkatkan dan stereng lebih responsif, semuanya bertujuan untuk meningkatkan pengendalian serta keseluruhan pengalaman pemanduan Crown Crossover.
Penampilan pertama Toyota GR Crown Crossover dijangka akan berlaku seawal musim panas 2024, dengan anggaran harga sekitar AS$47,000-$51,000 (RM222,328 – RM241,250) di pasaran Jepun.
- BACA: TOYOTA GR YARIS SÉBASTIEN OGIER DAN ROVANPERÄ EDITION, 100 BUAH SETIAP SATU!
- BACA: TOYOTA NO.2 JENAMA KERETA PENUMPANG TERLARIS DI EROPAH PADA 2023, YARIS CROSS PALING LAKU
- BACA: TOYOTA HIACE 2024 UNTUK JEPUN, WELCAB DAN AMBULANCE HIMEDIC TURUT DINAIK TARAF
- BACA: TOYOTA YARIS 2024 JEPUN, BAMPAR DAN PAPAN PEMUKA BUKAN SEPERTI GR YARIS