Buletin

VIRAL VIDEO KERETA REMPUH PAGAR MASJIDIL HARAM DI MEKAH

Sebuah kereta merempuh pagar Masjidil Haram di Mekah, malam tadi tetapi tiada kemalangan jiwa.

Portal Al Arabiya melaporkan, insiden itu berlaku di Pintu 89 pada 10.30 malam waktu tempatan.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kereta berkenaan dipandu laju sebelum merempuh pagar di lokasi kejadian.

Anggota keselamatan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan menutup kawasan berkenaan.

Semua jemaah yang berada di kawasan kemalangan dilaporkan selamat.

Pemandu kereta terbabit ditahan dan aktiviti di Masjidil Haram berjalan seperti biasa.

Akhbar tempatan, Okaz melaporkan, beberapa individu dilihat mengalihkan kenderaan terbabit daripada kawasan masjid berdasarkan rakaman video yang tular di laman sosial.

Sehingga kini, pihak berkuasa Arab Saudi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan. – Harian Metro/Haramainfo

Google ads
Back to top button