Buletin

POLIS TRAFIK KEMALANGAN AKIBAT KERETA TUKAR LORONG TIBA-TIBA

Seorang anggota polis trafik cedera selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai di sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur pada Ahad.

Menerusi video tular di X sejak Isnin, mangsa yang menunggang motosikal itu terjatuh ke bahu jalan selepas bertembung dengan sebuah kereta.

Dalam rakaman papan pemuka (dashcam) itu, pemandu kereta terbabit dilihat menukar lorong secara melulu sehingga menyebabkan mangsa tidak sempat untuk mengelak.

Keadaan atau kecederaan mangsa bagaimanapun masih belum dapat diketahui setakat ini.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu.

Sementara itu, rata-rata warga maya mengecam tindakan pemandu terbabit kerana tidak peka dengan keadaan semasa ketika mahu menukar lorong.

Ada juga yang mencadangkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lesen pemandu tersebut.

“Kasihannya, batal terus lesen memandu pemandu kereta tu,” tulis Muhd Isha.

“Dah sampai masa menteri pinda undang-undang, akta pengangkutan bagi ketat hukuman,” komen Muhamad Hafizi. — Majoriti

Google ads
Back to top button